UBAT KK @ SUPPLEMENT?

Hai mommys, ada tak kat sini yang xngam ubat dari klinik & tak makan? Amik supplement luar je cth shaklee/amway mcm tu?

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ubat apa yang tak ngam tu, sis? Rata-rata ibu mengandung mual dan pening-pening makan zincofer. Cuba check semula cara pengambilan ubat. Perut perlu kosong 2 jam sebelum dan selepas makan zincofer untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Sebelum perut kosong, perlu makan. Jangan berlapar. Mengikut pengalaman saya, saya memang akan mual kalau 2 jam sebelum tak makan apa-apa/ terlalu sedikit. Kalau makan pagi tak menjadi, cuba makan sebelum waktu tidur. Makan zincofer bersama air berkandungan vitamin c, sangat membantu penyerapan zat besi, seperti air oren, delima, dan jambu batu. Alhamdulillah, HB saya kembali normal. Kalau masih tak serasi lepas mencuba cara di atas, saya sarankan untuk berbincang dengan nurse atau doktor di KK terlebih dahulu. Biasanya mereka akan gantikan supplement yang lain. Jimat di situ berbanding beli di luar dan semestinya lebih selamat. Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu mengandung. Aaminnn 😊

Đọc thêm