UBAT KK @ SUPPLEMENT?

Hai mommys, ada tak kat sini yang xngam ubat dari klinik & tak makan? Amik supplement luar je cth shaklee/amway mcm tu?

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ubat apa yang tak ngam tu, sis? Rata-rata ibu mengandung mual dan pening-pening makan zincofer. Cuba check semula cara pengambilan ubat. Perut perlu kosong 2 jam sebelum dan selepas makan zincofer untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Sebelum perut kosong, perlu makan. Jangan berlapar. Mengikut pengalaman saya, saya memang akan mual kalau 2 jam sebelum tak makan apa-apa/ terlalu sedikit. Kalau makan pagi tak menjadi, cuba makan sebelum waktu tidur. Makan zincofer bersama air berkandungan vitamin c, sangat membantu penyerapan zat besi, seperti air oren, delima, dan jambu batu. Alhamdulillah, HB saya kembali normal. Kalau masih tak serasi lepas mencuba cara di atas, saya sarankan untuk berbincang dengan nurse atau doktor di KK terlebih dahulu. Biasanya mereka akan gantikan supplement yang lain. Jimat di situ berbanding beli di luar dan semestinya lebih selamat. Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu mengandung. Aaminnn 😊

Đọc thêm

mula² kk bagi sya zincofer..then x ngam dgn sya.. bgi Tau kat doctor.. doctor tukarkan ferrus,folic acid ngan B complex bagi sya baru ngam. sya x brapa mkn vitamin tambahan beli kat luar.. cuma lebihkan mkn mknn berkhasiat jer.. jaga diri jadi janin juga.. sbb kita x nampak apa jadi dlam perut kita 😅

Đọc thêm

klau sy mmg xmkn zincofer n any ubat frmasi . just mknan yg ad vitamin n zat melalui pemakanan shj .sbb mmg xboleh telan lngsung ubat .zincofer bt sy pening seharian . obimin muntah.. so makan jlah mkanan yg ad vit n serat penting tu .. mostly xde mslah hb or ap stkat nii

Jgn mkn yg xtentu isi kandungan sis..bahaya utk baby.gtau misi nti dia akn tukar yg jenis lain.sy xpernah ambil supplement luar.cuma sy ambil makanan sunnah utk tambahan mcm kurma,kismis&kacang cerdik

saya makan ubat amway sebab tak masuk dengan ubat kk.. tapi nurse check hb saya low teruk. Saya makan balik ubat kk alhamdulillah dah okay sekarang. Better bagitahu nurse jangan diam2 kesian baby

Amway/shaklee itu supplement tambahan. Yang KK bagi tu vitamin yang memang perlu makan. Kalau awak tak serasi dengan apa yang KK bagi, next appt bagi je tahu nurse mintak tukar yang lain.

sis, kalau ubat yg doc/nurse xngam, sila bgtahu semula. dorg akan tukar kan ubat lain. any supplement sila consult dgn doc dlu ye. pregnancy xblh amek sebarang ubat & supplement

Eh kna gtau doctor sis, prenatal vitamin byk jenis blh try satu2.. & sgt penting utk inform doctor klu nk ambil supplment lain..klu sy doctor x bgi tmbah supplement apa2..

sy tk ngam zincofer kk bg, sy tukar Iberet bru okk.. kne beli kat farmasi. sbb kk bg zincofer jee

5mo trước

Iberet sama function dengan zincofer sis. Usually pregnant lady akan dapat zincofer dari KK. Kalau tak ngam akan dapat. If still tak ngam baru doc akan suggest Iberet or Maltofer. If dari awal memang dah amik Iberet or Maltofer, HB pun cantik, takde issue.

consult doctor. terlebih makan vit pun boleh affect janin seperti kecacatan