1st time bawak baby fly

Hai mommy2 Nak tanya laa..nxt month plan nk bwak baby 1tahun holiday naik flight. Mcm mana eh nk buat susu dlm flight😂😂😂boleh ke bwak air/plus air panas? Botol susu pulak kene 100ml ke? Kalau buat siap2 boleh bwak msuk kan? Maaf la kita 1st time nk bwak baby naik flight,1st mom n xde experience🤭😂risau jugak baby meragam nti.any tips boleh share tak mommy2? Thank you #1stmom#1stexperience#ingintahu

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya takde pengalaman buat susu dalam flight sebab anak fully df. Kalau bab meragam, saya boleh sarankan sis prepare mainan2 yang boleh buat dia leka. Atau kalau lah sis bagi anak tengok youtube, sis download siap2 beberapa video untuk anak tengok. Lepastu waktu nak takeoff / landing kalau boleh bagi anak minum air atau susu atau bagi dia kunyah2 apa2 untuk elakkan telinga tersumbat. Kadang sebab ni anak2 meragam. Kalau naik flight biasa masa takeoff atau landing dengar budak2 menangis. Kalau boleh sebelum naik flight bagi anak main puas2 sampai penat. Jangan bagi dia tido. Dalam flight baru tido 😃 Saya 5 kali naik flight bawa anak dari usia dia 7 bulan. Penerbangan paling lama 10 jam. Alhamdulillah anak ok je takde meragam langsung. Awal2 dia dah habiskan masa dengan tido. Bila bangun, saya dah prepare mainan untuk dia main. Kalau bosan, saya bagi tengok video youtube yang saya dah siap2 download. 😊

Đọc thêm

Masa check in tu awak x boleh bawa liquid apa2.. Even air kosong. Awak boleh bawa botol yg x de isi & termos yg x de isi. Lpas check in tu awak boleh isi air kosong @ air panas kt water dispenser yg diorg sediakan... Kalau mcm sy dulu anak minum susu full cream milk, sy bgtau security border, dan dorg check susu tu. Mana yg x buka boleh bawak masuk. Kalau dah buka kena discard. Boleh ke susu formula baby awak tahan 1 jam kalau bancuh siap2? Biasa susu formula nie kena minum dlm 1 jam lpas bancuh. Awak boleh je bancuh dlm flight tu @ bila2 baby nk minum. Awak boleh prepare siap2 susu formula tu dlm bekas kecik2 yg ada dipasaran. Nnt bila nk buat, letak air sejuk, letak air panas panas, terus tuang susu formula tu. x yh cedok2 dr tin.

Đọc thêm
12mo trước

Depend pada brand susu. Anak sy guna susu Enfalac A+ dah bancuh boleh tahan 1 jam sahaja, minum atau x minum, atau setengah minum, kena buang susu tu.