13 Các câu trả lời
1. pergi klinik check. ada possibility kena buasir/hemorrhoids. berak klo sampai berdarah tak normal. klo buasir teruk, baru doktor klinik akan bagi surat refer ke hospital. klo risau/malu, dekat kaunter daftar klinik swasta boleh tanya dulu yg attend patient doktor laki ke perempuan. takpon google je klinik yg ada doktor perempuan cth mcm klinik siti. ni klo malas nak tunggu lama dekat kkia la. 2. beli lactul syrup (ubat lembutkan najis) dekat farmasi. 3. banyakkan makan sayur & buah naga/betik/oren/pear/epal. minum air masak secukupnya. p/s: org selalu cakap sembelit selepas bersalin itu normal. sy tak nafikan. tapi klo sampai berdarah better pergi check. certain case klo buasir teruk kena operate. if not, doktor bagi cream hemorrhoids & ubat makan je. sy dulu anak 1st sembelit juga sampai kena berdiri membuang. tapi takdela berak sampai berdarah. so, sy buat no.2 & 3, then menu pantang sy request semua masak yg berkuah. nasi sy tukar makan bubur dulu. lepastu ok da.
Hai sis, sy pon lpas bersalin sembelit teruk. Nak berak tkot kdg berak sambil nangis😂. Plus buasir mkin teruk lps bersalin ni sbb teran tu kuar buasir skali😂. Doc bg ubat pelembut najis tu. Tapi sy mkn tak jadi even dh mnum air masak byk. Mak sy suruh mkn ubat ni. Alhamdulillah makin okay. Sy tk mkn hari2. Makan Selang2.. Lps mkn ubat ni trus rasa nk membuang, kne berak Hari2 spy najis tk keras n tk sembelit.
Nurse sruh letak madu or gula kt gauze pstu sapu2 kt buasir tu/masuk kan balik buasir guna jari slow2. Tapi buasir sy doc check dia dduk luar xleh nak tolak masuk. Sy amalkan mkn pil daun senna tu alhamdulillah makin baik, sbb jdi berak kerap n najis xdan nak keras. And buasir tu xkuar sgt masa berak tu sbb najis lembut n x sembelit. Minum air masak byk2.
Sembelit normal untuk mommy yg bersalin normal. Sy pun kena Sembelit hampir 2 bulan juga. sakit die x yh ckp lah, darah fresh keluar dr dubur tu masa membuang. dah byk minum air pun, makan sayur makan buah ttp susah nk membuang. sampai sy rasa takut nk makan byk sbb takut kena pergi membuang. tp x mkn Sgt pun perut lapar nk breastfeeding baby kn. lastnye luka tu sembuh sendiri.
sy x de makan ubat apa2 pun. sy hanya guna kan enema selang sehari untuk membuang. sy hanya minum air kosong byk2, makan buah apple dan sayur sawi sahaja. menu pantang tu je lah. 2 bulan tu sy x keluar rumah pergi enjoy mana2 sbb badan masih x healing sepenuhnye. lpas 2 bulan tu sy dah keluar pergi jumpa kawan2, pergi minum coffee, makan di luar, sikit2 sembelit tu kurang dan lawas je buang air lepas tu.
pengalaman mnakutkan tiap kali bersalin dari anak first hingga ke 3 sbb smbelit teruk lepas bersalin... mcm2 cara cuba xjadi.. ank ke 4 ni sy beli siap2 novalax sebelum bersalin.. sy makan sebiji je setiap 2 hari..alhamdulillah cair je najis senang nk membuang..ibu2 lain boleh try.. harap membantu..
sembelit la tu..sy hari2 berak sakit mmg akn berdarah..pastu tak tahan sgt p klinik, doct bagi ubat sapu..dia ckp ade luka sbb sembelit..lepas sapu ubat tu alhamdulillah tak sakit dh..sy mkn pil phytonatal dari nona roguy utk elak sembelit
yg antiseptic ni beli kt farmasi pun boleh, sapu kt bahagian luar dubur je..kalau dh byk hari sapu tapi x baik jgk..awk boleh p cek doktor sbb takot buasir
saya pon tengah mengalami benda yg sama🥲macam2 ubat dah makan tp najis tak keluar pon..yg keluar cuma darah..dah xtau nk buat macam mana lagi😭
ooo.. mcmtu. tak pasti juga sy sis kadang ubat ni ada yg fungsi sama. brand je lain. tapi lactul solution tu ubat syrup utk lembutkan najis. kiranya lepas makan, time nak membuang nnt takde la kita kena meneran kuat2 sangat.
Boleh beli Syrup Lactulose di farmasi untuk lembutkan najis. Puan boleh ambil sayur dan buah banyak (fibre) untuk lembutkan najis juga.
saya pn prna kena sembelit masa mmbuang.. teruk gil sakit.. smpai trketar lutut nk mmbuang.. perna juga brdarah masa mmbuang.
Mkn ubat utk sembelit.. jenis ubat air lactul.. sy lepas bersalin 5hari xmmbuang.. lepas mnum tu terus mmbuang tnpa sembelit..
Jgn mkn nasi dulu..mkn yg lmbut2 sja mcm bubur dgn sup ayam , byk2 mnum sup , susu bdn trus byk
NURANIS SHUHAIMY