Tips untuk anak lepas susu badan

Hai mommies ? Saya mengandung 3 bulan. Anak sulung lelaki umur 2 tahun 3 bulan masih menyusu badan. Tapi bukan sepenuhnya sebab anak akan menyusu waktu malam sebelum tidur. Anak memang refuse susu formula, dah cuba pelbagai jenis susu. Kalau siang hari anak akan minum susu kotak Dutch Lady & mak yang jaga anak akan bagi anak makan kenyang-kenyang supaya dapat tidur siang, tapi malam mesti nak menyusu badan. Nak tahu tips untuk anak lepas susu badan sebab puting rasa sakit bila anak menyusu. Risau kalau dah ada baby baru, anak masih nak menyusu jugak.

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

*TIPS PERCERAIAN SUSU BADAN (WEAN OFF)* Ibu-ibu yang menyusukan anak mesti faham kan. Part nak wean off ni memang struggle sikit. Bukan ibu je tapi anak-anak pun perlu bersedia. Antada langkah-langkah dalam membantu menjayakan proses wean off adalah : 1. Mula beritahu anak awal. Ye la benda kalau kita dah biasa, tetiba tak da of coz la penasaran kan. Rasa kehilangan sangat 😭 so plezz jangan harini nak buat harini baru bagitau dia. Selalu la bercakap walaupun kadang kita rasa macam anak tak faham pun kan. 2. Pilih hari yang free & available Pilih hari yang betul-betul ibu dan ayah free. Eh kenapa ayah sekali? Of coz la ayah pun akan berperanan tau dapam proses wean off ni. Pada pendapat adah hari yang kita nak start wean off ni biar kita memang sepenuh masa kat rumah je. Sebab nanti akan ada banyak drama. Dan bila terjadinya drama-drama tu la time tu si ayah akan masuk dalam cerita ni. Contohnya si ayah boleh ambil anak, pujuk dan jauhkan anak dari ibu buat seketika sampai anak dah betul-betul tido. Psst.. Boleh juga sapu Calm Time untuk cuba tenangkan anak dan Sleep Time untuk memudahkan anak tido. 3. Alihkan perhatian anak Ha yang ni macam biasa la. Bila dia minta tu pandai-pandai la ajak anak main ke, berjalan luar rumah ke, tonton tv dan sebagainya. 4. Mula perkenalkan susu full cream/ fresh milk Point ni pada Adah ia sangat-sangat membantu. Tapi adah tak bagi sekerap macam anak bf. Bagi sehari 3 kali cukup. Pagi waktu bangun tido, tengahari sebelum dia nak tido tengahari tu dan malam sebelum tido malam. Tapi ada masa-masanya terbagi lebih jg. Tapi ni dalam 2 bulan macam tu je. Lepas tu dah tak bagi kerap. Sehari sekali pun ok juz nak topup diorg punya kalsium kan. 5. Pastikan anak kenyang Point ni pun penting. Time ni anak nak makan apa pun bagi je, kecuali cikedis la. For me memang big No. Bila diorg kenyang dengan makanan diorang dah tak ingat sangat pasal susu tu. 6. Jangan offer Ni memang paling-paling penting. Kalau dah elok-elok dia tak ingat jangan nak menggatal offer nah. Nanti tak pasal je kena start balik 😂 Ha tu semua antara langkah yang boleh dipraktikkan. Tapi boleh juga menggunakan alat bantuan. Contohnya macam letak sirap nak cakap kata kita sakit. Macam Adah, Adah gunakan getah pokok bakawali. Sehari dua tu AlBukhary suruh basuh lepas basuh macam biasa je. Dah hari ke 3 kot adah letak banyak seharian selama 3 hari berturut. Lepas tu dia totally reject. Jangan buat secara mengejut juga tau. Mulakan dengan mengurangkan sesi penyusuan dulu. Ok tu je tips dari Adah. Semoga dapat membantu ibu-ibu yang dalam proses wean off 😘⚘ #weanoff

Đọc thêm
Post reply image
5y trước

Alhamdulillah thank you Puan😍

Congrats momi. Kisah momi lebih kurang macam saya cuma anak saya umur 3 tahun lebih. Siang mmg dia dah jarang bf sebab dia pun minum susu kotak Dutch Lady coklat & makan nasi banyak tapi malam sebelum tido selalu dia akan mengempeng dulu, tapi saya refuse & terangkan sebab apa tak boleh. Memula dia nangis jugak, dalam sejam camtu tapi saya nekad so terpaksa pekak kan telinga jelah. Then, kami try pulak seperate tempat tidur. Dia tido dengan baba dia. Lelama dia okay & lupa sendiri. Ambek masa dalam seminggu jugak utk wean off. Yang penting husband pun kena bagi kerjasama jugak dalam hal ni. Sebab memula husband saya rasa kesian dia menangis tak berhenti, husband suruh jugak bagi sekejap utk hilangkan keinginan dia. 😅

Đọc thêm
5y trước

Baru baca sharing ni. Terima kasih 😍 Alhamdulillah sekarang dah dapat wean off tapi memang betul kena pekak telinga bila anak menangis. Anak nangis sampai serak suara.