35w hb low
Hai mommies, saya cuma perlukan kata² semangat dan nasihat. Harini genap 35w, siang tadi checkup kk. Hb drop ke 9.1, doc decide jumaat ni drip iron, isnin checkup balik utk tengok hb. Nurse ukur perut katanya rendah sikit, doc terus scan, kalau ikutkan nak scan isnin depan, tapi tadi doc terus cakap buat harini sebab nak tengok risau baby kecik. Alhamdulillah baby okayy je. Nurse bising cakap risiko hb low ni nanti baby boleh lemas kurang oxygen. Kalau baby okayy, ada kes yg baby umur setahun ke atas boleh dapat sawan dan sebagainya. Saya risau sangat². Sekarang kena makan maltofer 3 biji sehari dgn vit c. Saya cuba utk naikkan balik hb. Doakan saya dan baby baik² dan sihat² sahaja yaa, sedih rasa bila jadi macam ni. Ada kemungkinan saya kena bersalin awal ke ?

