37 Các câu trả lời
anak saya awal lahir kuning sampai 300 lebih. kena tahan wad 2 kali. lepas keluar wad kali kedua tu cuba mandikan dengan air ramasan daun kucai. sekadar ikhtiar. pagi petang mandikan. alhamdulillah lepas tu makin turun kuning dia. selain tu doktor kat kk suruh bagi susu formula juga. nak bagi dia berak kencing kerap. baru cepat turun kuning dia.
susu formula kasi similac atau lactogen, saya kasi anak similac step1 sepupu saya kasi lactogen alhamdulillah anak kami sekejap je turun kuningnya. pastikan susu kasi 2onz je setiap 2jam (tak kisa df atau formula) lpstu sentiasa buka lampu putih kat rumah tidur pun buka je lampu. semoga anak puan sihat seperti sediakala aamiin ❤
ni pengalaman saya baru nii. sis try bgi mndi baby dgn air daun kucai dan esok tu nkbwk baby pegi checkup kuning jangan bagi mandi. saya buat mcm tu haritu alhamdulillah memang kuning anak turun banyak and ngam ngam seminggu ja ulang alik klinik .
ok nnt sy try. tp skrg ni bby kembung perut, susah berak. doc ckp kuning kan cpt trun kalau kerap kencing berak. ni kalau susah, lg lambat la nak trun kann. kesian tgk diaa
Orang kata ibu makan anggur hitam then susukan anak kerap. Mungkin puan boleh cuba. Saya dulu anak jaundice, saya makan anggur hitam & susukan sekerap yang boleh. 2 jam sekali kejut and susukan baby. Alhamdulillah hari ke 14, turun 66 kuningnya.
ok sy cuba. tq sis
anak saya kuning dia bacaan 245 , lepas bagi mandi air teh dan bagi susu lactogen alhamdulillah kuning turun laju . biasa susu ibu boleh menyebabkan kuning , ibu jgn minum jamu , atau makan kunyit buat sementara anak masih kuning .
air teh? teh boh ke? sy mmg tkde mkn lg jamu kunyit semua tu.
maaf bertanya,kalau Puan darah jemis O Puan kena campur susu FM. tapi kalau tidak Bagi susu badan Full sahaja.Pastikan baby berak juga.untuk kuning keluar. dan saya ada guna juga mesin Itera untuk semua rawatan Kesihatan.
saya haritu anak jaundice takleh makan jamu, takleh makan herba macam blackpepper apa semua.. then saya minum susu kambing piaww sebelum tidur, mandi kan baby pakai ubat kat kedai cina.. pastu makan bubur kacang hijau..
semua tu sy mmg tk mkn pun lg. susu kambing yg instant tu ade la sy minum tp sme jee. bubur kacang hijau? blh mkn kee?
sis try minum 100 plus 😂 ada kawan saya anak dia kuning, lepas dia minum 100 plus then bf baby, 2 hari lepas tu kuning baby turun. taktahulah penerimaan orang lain macam mana. tapi berkesan kat kawan saya tu 😅
yg ni tak pernah dgr pulak hihi nnt sy try la. lain org, lain cara kan. tq bg tips
ank sy lepas 14 hari kuning still 100. lepas ambil sample darah. doktor bgitau darah fungsi hati ank tak normal. skrng ank temu janji doktor pakar. doakan ank sy sihat n fungsi hati kembali normal. aamiin.
sy mmg takde mkn semua tu. skrg sy mkn bubur saje dulu. susu fm pun dah tukar brand lain. ok sikit skrg. berak banyak tp tak kerap la pulak. urut tu mmg sy buat tiap kali tukar pampers, sy urut lg. tq sis
Anonymous