Cara buat stock susu semasa bekerja

Hai mommies, boleh bagi pendapat samada betul atau tak cara saya ni 👇👇👇 sampai office, saya pump pukul 7.30am, lepastu simpan dlm chiller di office. tengahari saya pump lagi pukul 1.30pm dan simpan juga dlm chiller di office. petang nak balik tu saya masukkan dua2 susu td dalam cooler bag utk bawa balik. sampai je rumah saya satukan kedua2 susu dalam storage bag dan masuk ke dalam freezer untuk simpan sebagai stock. Betul ke cara saya ni ye? Terima kasih. #firstmom #ingintahu #pleasehelp

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Betul dh tu sis. Yg penting suhu dia sama sejuk. Awk pam 2x je ke kat office?

10mo trước

ohh faham. kiranya harini pump utk baby minum esok harinya lah ya. saya susu tak berapa meriah 🥹 start buat stock sebelum masuk kerja lagi. ni pun dah makin sikit stock dlm freezer. ada tips tak nak banyakkan susu badan? 😅