Baby high need

Hai ibu2, yang mana ada anak high demand tu boleh share tak macam mana ibu2 bawak baby jejalan tanpa melalak..

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang memerlukan perhatian lebih, seperti anak yang mempunyai keperluan yang tinggi, adalah penting untuk merancang dengan teliti apabila membawa bayi keluar. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin membantu: 1. Menjadualkan perjalanan pada waktu yang sesuai - pilih masa di mana bayi anda biasanya lebih gembira dan mudah dikendalikan. 2. Pastikan bayi anda kenyang dan selesa sebelum pergi keluar. 3. Bawa peralatan keperluan bayi seperti pampers, susu, makanan jika sudah makan, dan mainan kesukaan. 4. Jika bayi menangis, cuba memahami sebab menangis dan kesabaran adalah penting. 5. Sentiasa berikan perhatian penuh kepada bayi anda, berbicara dengan lembut dan menghiburkan mereka. 6. Bersedia untuk memberi perhatian extra ketika diperlukan tanpa rasa malu. Moga tips ini dapat membantu anda membawa bayi dengan lebih mudah tanpa menangis. Semoga berjaya! https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

Saya pernah bawak anak HD saya keluar masa dia 2 bulan. Trauma terus 🤣🤣 kitonyo first mom. Daddy pun masih nk belajar handle dia. Anak saya, mmg semua kena helok. Kena sejuk (ada kipas kecik tu), kena kenyang (saya sentiasa bancuh fm siap2 takut dia nangis kat mall), bila masuk time tidur dia… mmg saya balik. Sebab tak reti lagi tidurkan dia kt luar (baby saya berbuai dulu). Skrg dia dh 4m setengah. Bila keluar, kadang boleh tidur dlm stroller kadang nak didukung jadi kena la beli carrier. Kesimpulannya utk baby HD ni.. kita keluar bila wake window dia start. And balik bila dh nak habis. Tu jalan selamat 😆

Đọc thêm
6mo trước

Wake window tu start kira bebetul lepas baby bangun tido. Selalu nya saya siap2 masa dia tido jadiii bila dia bangun saya terus gerak hahahah 🤣

Post reply image

Fhm sis, Sama la ank kita pun. Tiap kali nak pergi KK tu memang berdebar je rase. Sbb mula meragam tu memang payah nak pujuk. Tambah pulak org lain tgk, hm lagi sy bertambah berdebar. Jd sy perhatikan ank sy timing pukul berapa dia akan susu, nak tido, agak2 nak tido tu, sy terus tidokan, bendung benda wajib sy kena bawk sbb ni keperluan utk ank sy. Sis kena ikut baby sis mcm mana. Nanti lama2 akan okay. Mcm KK tmpt sy kecik je. Nak menunggu pun kat bawah khemah. Memang start je meragam. Sy bawak jln2 sekeliling. Ada hari okay, ada hari tak. Lps 7 bulan alhamdulillah makin okay dh ank. Bedung je tak cerai lagi 😁

Đọc thêm

anak 1st sy high demand. dia hanya melalak bila kereta/stroller berhenti 😂 nak bg tenang kena check dulu semua. kalau takde masalah memang kena bergerak/berjalan je. bila dah tido dalam stroller baru mak paknye dapat gi makan kat kedai 😂 baby high demand ni kadang nak didukung je. kalau dukung tu baby jenis hd ni paling suka bila kita letak kat bahu. memang elok diam je tak melalak. pastikan dah siap² bagi susu sebelum turun dari kereta. kena cari cara mcm mana nak bg baby selesa dan tak meragam bila bawa berjalan. tak lama pun nak hd ni. dah masuk 4 bulan nanti ok la

Đọc thêm
6mo trước

HAHAHA sis sama la bila gi KK auto neves sbb tkut anak melalak. Tgk baby lain elok je behave… takpala tak baik kita bandingkan baby kita dgn baby orang 🥹 we can do this mummeh

baby HD kena bagi dia selesa and puting. cukupkan tido, utk 0-3 atleast 14jam ke 17jam sehari.. bg je buai utk senang tido, ada masa dia tenang dgn puting bole tido atas katil. baby HD wajib bedung (bedung tgn) n bukak white noise, utk dia tenang n tido. kalo bwk bjalan, bg susu n kenyang, bg puting, lpstu cuba bg tido dlm carrier/stroller. method sama (bedung n white noise)... jgn risau part puting ni, dia hanya tool, sama mcm buai.. biasa baby HD perlu puting utk sooth dia, biasa kalo dia da tido, dia auto cabut puting tu, or parent kena cabutkan puting

Đọc thêm
6mo trước

Samaaaa anak kita hd pun bergantung dgn bedung and puting. Buai utk tidur lena. Boleh ke tidur atas katil tapi jenuh mak nya dodoi, demi ketenangan mak dia pakai jela buai hahaha

baby sye bkn high demand.. tp klu x kena cara, ble meragam tu bley tahan.. sye stat bwk klua ble baby da 3 bln mcm tu.. try bwk peg mall yg dkt2 dlu.. anak sye dlu tdo buai.. so kne make sure jln2 tu kejap je sbb blek tu baby kne msuk buai utk tdo.. mula2 susah jgak.. tp lme2 baby ok tdo kt stroller je so senang bley klua ble2 mse.. yg pentg nk tw rentak anak tu mcm mne.. pastu mommy bley adjust sendri..

Đọc thêm
6mo trước

awal2 memg susah sis.. insyaaAllah nant lme2 ok, x sure baby yg ok atau kte yg da lali..😅

Pastikan dia kenyang sentiasa & standby perkakasan susu. Portable fan, baby carrier nursing bra saya mmg tak tinggal. Anak saya jarang nk stroller so suami letak dlm carrier. Kalau dia dah mula meragam kena dukung2 pujuk2 belai dia. Saya suka nenenkan dia dlm kereta time otw g sesuatu tempat so bila sampai dia dah kenyang

Đọc thêm

Tengah alami ada baby HD ni bukan main dia punya cerewet plus kuat nangis sampaikan tidur x lena, makan x kenyang, mandi x basah, sangat-ii meroyan rasa nak bunuh diri je..

4mo trước

anak HD saya dah 3 bulan sekarang, dah kurang sangat dah menangis berbanding dulu. Cuma sekarang tak boleh lagi nak pisah buai bila siang. Malam dah boleh tidur atas katil dah.. Bila ingat balik masa sebulan dua dulu rasa serik dah xmau anak dah.. moga sis bersabar. lagi satu saya bawak anak saya pergi berubat buat air tawar, Alhamdulillah dengan izin Allah lepas je mandi dah xnangis 24 jam macam dulu dah.

Bagi puting

6mo trước

bagi puting senyap la 2 minit sis.. 😅