1 Các câu trả lời

TapFluencer

Saya WFH. Saya ingat baby boleh main sendiri masa saya buat kerja. Oh.... syukur, saya dikurniakan anak yg nak perhatian penuh! High need. Cepat bosan bila letak di playmat, cot, bouncer, tilam, toto. Huhu... Saya burnt out. Nak hantar ke pengasuh, anak belum pandai hisap botol. Dah train dia ok. 2 minggu sblm hantar ke pengasuh dia tak nak botol. Nak hantar ke pengasuh, pengasuh nak buai lah itu ini. Kos pula. Agak tertekan juga. Setiap hari latih anak botol, saya menangis sbb rasa macam paksa dia sedangkan dia perlukan saya. Sekarang masih latih dia botol dan hantar pengasuh 3-4 jam je sbb dgn pengasuh pun dia tak nak botol. Dapat bekerja masa dia tidur je. Gitulah. Pelajaran: Jika nak kerja selepas cuti bersalin, ajar anak susu botol awal, so senang org lain boleh bantu jaga. Jika anak bukan clingy, boleh je upah carer per jam; servis KIDDOCARE . Sy dah cuba yg ni. Anak saya nak saya juga. Kena pastikan anak cukup tidur dan kenyang jika nak minta bantuan org jaga . Note: Saya fully direct breast feeding anak dan masih latih anak dgn botol EBM. Cuba sudu pun sudah, picagari sudah. Tetap dia memberontak. So, saya nekad, saya akan menjaganya sepenuhnya. Insya Allah.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan