Bersalin normal tapi tinggi 144cm
Hai ibu2, nak tanya kat sini ada tak ibu2 yang boleh beranak normal tapi ketinggian bawah 145cm? Saya tinggi 144cm berat semasa 56kg. Ini kandungan ke 2 saya. Skrg da minggu ke 33. Teringin nak beranak normal tapi mcm takut tak lepas keluar dari bawah. Anak pertama emergency czer jantung baby da lemah tapi sempat masuk dalam lr. Masatu doktor suruh cuba je normal kalau tak boleh normal, baru czer. Tapi kuasa Allah anak saya tiba2 jantung tak ok terus proceed czer. Doktor pun agak baby masatu 3.7kg. Bila keluar 3.33kg je. Belum jumpa pakar lagi nak tentukan mode off delivery. Tapi tula, teringin nak rasa normal cuma macam tak yakin.