Naikkan berat baby
Hai ibu2. Boleh tak share makanan apa yg boleh naikkan berat baby yg alergik gluten dan tenusu? Baby boy 9 bulan 7.41kg dah mula panjat2 nak berdiri. Masa 8 bulan baby banyak reject makanan sbb tumbuh gigi 4 batang terus. Masuk 9 bulan ni dia taknak makan yg berlauk, nak makan nasi kosong je. Sgt jarang dia makan lauk. Baby fully BF. Masa 7 bulan berat 7.37kg. Nurse tak bgi makan supplement lagi, kena tunggu setahun nnti baru boleh.