22 Các câu trả lời

salam cikgu... saya mempunyai 8 org anak... berbeza2 umur... tahun ni ade yg UPSR, UPKK, darjah 4, darjah 3, 6tahun, 5tahun, 4tahun dan 8 bulan... saya terlalu focus on anak yg UPSR n UPKK... sedang ank yg tadika n darjah 3 & 4 pon ade juga homework dan bahan bacaan yg mereka perlu baca yg memerlukan saya bersama... bagaimana saya nak membahagikan masa utk keperluan setiap anak...? sbb anak saya yg akan menduduki UPSR & UPKK ni, ade masalah slow learner... just utk pengetahuan, suami saya bekerja dalam bidang penghantaran makanan,jadi die xde cuti.. terima kasih

Wasalam, tahniah Puan kerana bukan mudah untuk mempunyai anak yang ramai. Lagi2 untuk membahagikan masa untuk semua anak. Saya cadangkan, abang atau kakak darjah 4 & 3 boleh lah mengajar adik-adik 6 tahun ke bawah. Puan boleh pantau aktiviti mereka. Lebih kepada main 'cikgu2'. Disini, Puan boleh fokus kepada anak yang akan menduduki UPSR & UPKK.

VIP Member

Salam ckgu.. Sy nak tnya..??sy ada ank llki umur 5thun..dia lhir dulu tk ckup bulan 28 mnggu jerr... Dn skg b'usia 5thun..dia ble bckp mcm biasa cuma setiap ayat yg dia sbut akan start dari tengah.. Cntoh.. MAKAN=AKAN BUKU=UKU.. Tpi bila sy ajar dia sebut MAKAN.. Dia boleh ikut sebut MAKAN dgn btul.. tapi bila sy suruh ulang dia akn sebut AKAN smula😖... bgtu jgk dgn prktaan lain klau sy suruh dia ikut, dia boleh sbut dgn betul.. Tapi bila dia ulang tnpa ikut saya.. Dia akn sbut dr tngah semua... Sy nak tnya knp mcm tuh??

Mungkin anak Puan mempunyai masalah speech delay atau speech problem. Saya percaya, saya bukan lah orang yang pakar dalam bidang ni. Elok lah kiranya Puan membawa anak Puan berjumpa pakar 😉

Assalamualaikum ckgu... Sy ibu pd 5 org ank..dn bakal melahirkn ank yg ke 6. Persoalan sy.. Ank sy yg ketiga perempuan darjah satu. Ble dia bce nombor..biasanye sy akn tnye dia waktu (jam tangan) yg dipakainye.. Dia ank jwb terbalik.. Cthnye: jam 3:47pm tp dia jwb 7:43pm.. Dia bce dr kanan dlu.. Kdg sy suh dia tgok percent btry di enfon.. 81% tp. Dia ckp 18%.. Ape kah mslah ank sy ckgu..

sy musykil. tiap kali sy minta anak sy buat latihan terutamanya subjek matematik, anak sy boleh jawab soalan2 yg disediakan. tapi, tiap kali peperiksaan hampir kesemua subjek dia seolah2 tak dpt jwb. bila kami ulang semula buat di rumah, dia dpt jwb. perkara ni sy sedar dah lama begitu jg dgn personal tutor dia. adakah sbb dia panik ? atau ada masalah lain?

😅 ye. sy pernah cakap dia cuai atau sengaja berlumba dgn kawan2 siapa siap dulu. kdg2 sesama pelajar ni suka berlumba juga. tapi, utk pelajaran di sekolah agama, perkara ni tak berlaku pd anak sy, itu yg sy pelik. sy byk kali nasihatkan anak, thn ni dia akan ambil UPSR dan PSRA. sy harap perkara ni tak berlaku masa peperiksaan sebenar nanti. Terima kasih🤗🤗

Assalamualaikum cikgu. Saya ada pertanyaan. Adakah patut sorg guru menghukum dengan mengetuk kepala anak murid berusia 7thn menggunakan buku latihan sekolah atas sebab mendenda. Cuma nak dgr pendapat dari cikgu. Terima kasih.

Wasalam, saya percaya ramai maklum hukuman denda dalam bentuk fizikal & emosi memang tak boleh dilakukan sekarang ini. Hukuman rotan pula cuma boleh dilakukan oleh pengetua/guru besar & cikgu displin sahaja. Walau bagaimanapun, kebanyakan cikgu menghukum pelajar adalah atas dasar SAYANG & mahukan yang terbaik untuk pelajar tersebut. Tapi saya tidak nafikan, cikgu juga manusia biasa & tidak lepas dari melakukan kesilapan. Elok lah jika Puan berjumpa sendiri dengan guru tersebut & berbincang kaedah terbaik menghukum pelajar.

Esok saya ada appoinment checkup mingguan untuk kandungan 32 minggu. Suami, ibu bapa & mertua halang saya untuk hadirkan diri kerana risau wabak covid19. Bolehkah kalau saya tidak hadirkan diri appointment tersebut?

Lebih bagus kalau Puan call dulu klinik tempat checkup, nurse akan berikan cadangan yang terbaik. Jika tiada apa2 masalah, saya percaya checkup boleh ditangguhkan.

VIP Member

Macamana nak handle anak yg tak fokus bila di ajar? Anak kedua saya bila di ajak belajar membaca dia tak fokus. Adik dengan abang so far Alhamdulillah fokus. Ada tak cara yang sesuai untuk ini?

Baik,terima kasih.

salam cikgu.. sekarang saya 28 minggu 5 hari..boleh saya tanya kenapa saya punya puting payudara saya sakit...? bulan keberapa akan merasa contraction ?

Super Mum

Anak saya umur 4 tahun, sukar nak fahami arahan, bila kita minta ambil brng, kita tunjuk, dia susah nak tangkap apa Yg kita tunjuk, bagaimana saya nak buat

Puan, anak berumur 4 tahun sepatutnya sudah faham arahan & mampu melakukan perkara yang di arah. Saya cadangkan Puan berjumpa pakar supaya masalah ini tidak berpanjangan.

saya nak tanya kalau anak umur 1 tahun 5 bulan mula pandai guna kekerasan bila marah , bagaimana cara untuk menghalangnya ? perlu marah atau tidak ?

Perlu marah TAPI terangkan kenapa anak di marah, kenapa anak tersebut dipukul dengan bahasa yang ringkas. Kesilapan kita sebagai ibubapa adalah marah anak tanpa terangkan apa kesilapan dia. Anak perlu tahu apa kesilapan dia untuk dia belajar. Walaupun anak masih setahun, saya percaya mendidik anak dari kecil akan memudahkan ibubapa itu sendiri pada masa hadapan.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan