54 Các câu trả lời

Assalamualaikum doc.. Sy nak tnya kenapa kalau sy duduk terlalu lalu lama, kemudian bila nk bangun sakit dibahagian punggung. Susah nak jalan.kdg2 terpaksa berpimpin. Soalan kedua, sy baru 32w tp rasa bila nk jalan rasa mcm baby dah kebawah sgt. Smpai xlarat nk jalan. Perlu berehat byk ke doc? Kdg2 segan dgn suami asyik rehat je. 😅

Tq doc 🥰

Salam doktor, saya baru bersalin pada hujung disember yg lepas. Dan pada hujung bulan febuari saya telah haid selama 2 minggu, tapi belum sampai sebulan saya telah haid semula. Dan haid itu berlangsung lebih daripada seminggu, saya risau kalau saya mengalami simptom peranakan jatuh. Harap doktor sudi membalas soalan saya, terima kasih ❤

tulah smpai husb tegur haritu bru period...padahal sbb kuar darah lama sgt....😅

Salam doc.. Sya pregnant dlm 16week.. Sya dpati ad pndarahn semasa mmbuang kencing tdi pagi.. Pndarahan sya ni mcm on of.. Mcm 3 hari teda pndarahn. Lps tu keluar balik pndarahan.. Risau laa doc.. Sdaa pegi emergncy.. Dorng scan baby ok.. Cuma ad luka d bawah rahim.. Ptt kah sya mnta ibt kuatkan rahim?.. Keliru laa doc.. #firstbby

Hai Dr, ada senaman untuk memudahkan bersalin tak? Normal ke masa contraction sakit tulang pengkal paha? sakit tulang yang sangat2, perut dan pinggang tak sakit, tapi bahagian tu sakit sangat. pengalaman masa melahirkan anak sulung, serik dengan sakit tu. Nak tahu kalau ada senaman kurangkan sakit bahagian pengkal paha tu. tq dr.

Hi Puan, Senaman yang kita galakkan untuk memudahkan proses bersalin adalah breathing exercise dan juga senaman kegel. Breathing exercise terbukti untuk membantu relaksasi pernafasan, relaksasi tubuh badan dan juga mengurangkan rasa kesakitan. Senaman kegel pula membantu untuk menguatkan otot lantai pelvis dan sentiasa bersedia untuk 'dilate' dengan lebih baik dan flexible ketika kelahiran bayi seterusnya mengurangkan risiko koyakan perineal dan epiostomy. Untuk kesakitan di pangkal rahim, puan boleh minta bantuan suami untuk lakukan 'relaxation massage' di kawasan tersebut.

VIP Member

Salam Dr..nk tny..knp kadang2 sy rasa sakit atas tundun pelvis sy..rasa sakit tu spt nk pecah..adakah sbb urat atau berat bby..skrg sy pregnent dh masuk 27week. Sy try utk urut tapi takut akn ada side effect ..begitu jgk dgn tulang punggung sy..malam2 mmg ssh sgt nk tdo..spt nk patah tulang punggung harap ada penjelasan..

Assalamualaikum doctor. Alhamdulillah Saya baru bersalin 10/3/2020. ELLSCS becoz Ada 2 previous scar. Tp blm ikat. After operation doc inform rahim melekat terok. Soalan saya bolehkah mengandung lagi dgn keadaan rahim dan berapakah jarak yg selamat untuk mengandung anak ke 4(sekiranya boleh)

Waalaikumsalam, Hi Puan, jarak tahun yang sangat digalakkan untuk bersalin adalah selepas 2 tahun, kerana kebaikan kita menjarakkan tahun kelahiran (family planing) adalah untuk memastikan otot lantai pelvis puan, kawasan rahim bersedia dan pulih sepenuhnya untuk menampung kembali proses kelahiran seterusnya Untuk kes puan, pemeriksaan berkala perlu dilakukan untuk memastikan rahim dalam keadaan yang baik dan kuat. Lagi-lagi jika memang merancang untuk kelahiran seterusnya. Digalakkan juga untuk puan refer dengan dr yang sama untuk check up & maintanance keadaan rahim puan.

Sy nk tanya, sebelum ni sy prnah lumpuh dan mngalami masalah slip disc, saraf tunjang cedera dan scoliosis. Sekarang sy pregnant twin 3 month. Adakah saya akan mngalami sebarang masalah apabila mncecah 6-7 bulan? Sebab sekarang ni pun belakang saya rasa mcm patah. Trlalu sakit. Kaki pun mula lemah balik.

Hai puan, Bila mencecah 6-7 bulan, terdapat perubahan pada tubuh puan terutamanya perut yang dah semakin membesar. Hal ini dapat memberikan tekanan yang banyak terhadap otot lantai pelvis puan dan jika otot ini lemah, berkemungkinan otot belakang, otot perut dan otot pinggul akan berkerja lebih banyak dan seterusnya boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang. Lebih-lebih lagi sebelum ni puan sudah ada sejarah slip disc dan scoliosis yang mana otot belakang puan pernah lemah. Oleh itu, saya sarankan untuk puan melakukan senaman Kegel secara kerap bagi menguatkan otot lantai pelvis dan mengelakkan sakit belakang.

Hi doktor . Sy besalin pda 20/4/20 . Sy haid 24/5/20 shingga la 1/6/20 . Tp 9/6/20 tiba2 ada darah coklat gelap . Keesokan harinya pulak muncul darah sperti darah haid . Dah 2 hari dah . Ni bru ptama kali sy mngalaminya . Haid ka apa tu ?? Ataupun ada masalah apa2 ??😭

Assalamualaikum Dr. Sy bru lps mlhirkan anak prtama pd 1 feb hri tu, msih dlm ptg... Yg mnjadi kerisauan sy ialh kluar darah smula selpas 37 hri berpntang pdhal pda hri ke 20++ sudh putus drh tpi kmbli kluar drh pda hri ke 37 hgga ke hri ini..apakh sbnarny berlaku pada sy..😥

Darah cair dn xbyk... Then tgh ambik ubt perancang..bole dtg haid jgk ke

Assalamualaikum dr . adakah darah kotor (cokelat pekat ) keluar terlalu lama membahayakan ? keluar sehingga sebulan lebih dr bulan 1 sehingg 4/3 bru lah darah haid normal keluar dan dalam masa darah kotor keluar , saya rasa sakit2 di bahagian pelvic seperti segugut .

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan