Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.
Hi doktor.. Adakah prolong jaundice ada kaitan dengan penyakit thalasemia? Both of us mother and father positif carrier beta thalasemia? Thank u
doktor saya megandung 7 weeks tapi scan beby saya ada cyst .. adakah cyst tu nanty mengecut bila beby dah besar?? saya risau tkut terganggu
minyak zaitun boleh ke doktor kecutkan cyst
Apa langkah yang boleh diambil semasa mengandung untuk mengelakkan anak terkena jaundice?
Jaundis sering berlaku kepada bayi. Sebanyak 50-60% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama. Kebanyakan masa jaundis akan hilang dalam minggu pertama atau kedua. Ketika mengandung pastikan puan tahu kumpulan darah puan.Ini adalah kerana ibu yang mempunyai kumpulan darah O atau Rhesus negatif mempunyai bayi yang lebih cenderung mendapat kuning tinggi. Sekiranya ini anak pertama, dapatkan latihan penyusuan badan terlebih dulu. Bayi yang menyusu kerap 8-12 kali/sehari kurang mendapat jaundis kerana bilirubin (bahan berwarna kuning) mudah keluar dari badan melalui kencing atau najis.
Hai doktor, saya tengah mengandung sekarang..ada tips tak untuk mengelakkan baby jaundice semasa lahir
Pastikan puan tahu kumpulan darah puan.Ini adalah kerana ibu yang mempunyai kumpulan darah O atau Rhesus negatif mempunyai bayi yang lebih cenderung mendapat kuning tinggi. Sekiranya ini anak pertama, dapatkan latihan penyusuan badan terlebih dulu sebelum bersalin. Bayi yang menyusu kerap 8-12 kali/sehari kurang mendapat jaundis kerana bilirubin (bahan berwarna kuning) mudah keluar dari badan melalui kencing atau najis.
Hi doc sya mengndung 37weeks perut saya skit² sudh pigi klinik kecamasan and sudh kena tahan satu mlm tpi cek.pembukaan belum ada apa
Bila puan makin sampai ke tarik lahir, rahim akan berlatih mengeras. Bagi ibu mengandung kali pertama, agak susah untuk bezakan sakit perut biasa, Braxton hicks ataupun sakin bersalin. Biasanya rahim yang mengeras secara berterusan, tidak hilang dengan pergerakan atau tidur adalah sakit bersalin benar. Jangan risau. Kalau tak pasti, jumpa doktor.
Hai doktor ... Saya nk tanya mcm mna nak tahu baby betul2 hilang dari jaundice dan tempoh brp lama akn hilang jaundice.. ?? Tq
Tiada cara lain melainkan penyusuan yang kerap. Tetapi sekiranya jaundis terlalu tinggi, doktor akan sarankan penggunaan phototherapi untuk cepatkan proses kuning turun. Kebanyakan masa kuning turun dalam masa 1-2 minggu.
Doktor, betul ke minum susu kambing semasa hamil blh elak bby kena demam kuning? Kalau btl, bila blh mula minum? Tq in advance doc
Buat masa ini, tidak ada bukti kuat yang menunjukkan ibu hamil yang minum susu kambing boleh mengurangkan kuning bayi. Tapi wanita perlukan lebih banyak kalsium yang boleh didapati dari susu ketika mengandung. Pastikan puan minum susu tepung ataupun susu yang telah direneh untuk mengelakkan jangkitan kuman pada puan dan bayi.
Hai doc Anak saya 8bulan 17hari dia baru sembuh dr demam panas skg demam da ok timbul bintik merah. Adakah itu normal
Ada kemungkinan ia jangkitan sejenis virus --> roseola infantum. Ruam itu tidak akan menganggu dan hilang dalam masa 3-5 hari.
Hai dr. Sy lahirkan baby premature 30w4days. Anak sy prolonged jaundice. Brp lama ia akan hilang? Skrg anak sy berusia 2 bulan.
Jika semua siasatan prolonged jaundice normal, puan tidak perlu risau. Prolonged jaundice anak puan mungkin akan hilang dalam masa sebulan kerana anak puan baru corrected age 38 (baru masuk minggu ke-38 mengikut kiraan tarik lahir).
Dr nak tnya anak buah sya da sebulan da jaundis... Dan bayi ni ada penyakit HLHS... adakah tdk memudaratkan kondisi bayi?
Ok noted Dr..
A loving mother of 3