96 Các câu trả lời

Hello doktor. Apakah faktor utama yg mendorong kepada bayi terkena juandis dan langkah pencegahan bagi demam kuning ini? Adakah cara tradisional seperti amalan minum susu kambing segar semasa di hujung trimester mampu mengurangkan risiko juandis bagi pandangan ahli saintis?

Jaundis adalah suatu yang amat ketara dan punca utama adalah hati bayi yang kurang matang dan tidak dapat mengeluarkan bilirubin (pigment kuning) dari badan. Bilirubin akan keluar dari badan bayi melalui air kencing atau berak. Jadi penyusuan ibu yang kerap adalah amat penting untuk memastikan bayi kerap kencing dan berak. Memberi susu kambing ataupun susu lembu adalah sama. Susu kambing malah mempunyai protein yang tinggi dan folate yang rendah dan tidak sesuai untuk bayi.

Hi! My baby is 34 days old. Still having jaundice. Last wk checked reading is 103, previous was 329, 195, and now 103.Today still need to monitor. I am taking ginger and herbal soup daily, will that affect baby if I breastfeed ?prolong jaundice? will bf improve baby jaundice?

Hi. 103 is very low. The next reading for your baby will most likely be less than that and will not require monitoring, don't worry. Breastfeeding will help reduce jaundice by increasing the loss of bilirubin (yellow pigment) in the stool and urine.

Hi Dr Joann, sy ade 2 org ank dn akn lahirkan yg ke3 xlma lg.. Dua2 ank sy mengalami prolong jaundiced... Bila sy google, salah 1 sebab perbezaan darah ibu dgn ank.. Btl ke? Sbb prolong jaundiced ni akn memenatkan sy ketika berpantang.. Nk ulang alik hosp utk amek darah..

Betul kerana sekiranya darah puan and bayi tidak serasi, boleh berlaku pemecahan sel darah merah yang akan menyebabkan kuning bayi (bilirubin) susah untuk turun. Pastikan puan tingkatkan penyusuan anak untuk kurangkan kuning dengan lebih cepat. Kuning bayi akan keluar dari badan melalui berak dan kencing bayi.

VIP Member

Hai Dokter, orang cakap bagi baby susu kambing, air kelapa, air anggur hitam, sengkuang cina, mandikan dengan daun kucai, taugey, manjakani dan lain² lagi. Adakah semua tu berkesan?? Ada ke bukti² saintifik mengatakan ia mampu menurunkan kuning baby??

Semua di atas tidak mempunyai bukti-bukti saintifik malah akan hanya memudaratkan kesihatan bayi. Contohnya, dengan memberi air kelapa atau air anggur hitam, bayi berisiko mendapatkan jangkitan usus dan cirit-birit. Ini adalah kerana organ penghadaman bayi belum matang lagi.

Hello Dr JoAnn..anak sy berumur 1 bulan, tapi jaundis masih belum hilang..last result adalah 10.0mg..adakah itu normal Dr?..dan adakah jaundis ini akan memberi kesan pada kesihatannya dan apa punca ianya lambat hilang?..harap Dr boleh bantu.TQ

Puan tidak perlu bimbang sekiranya semua ujian prolonged jaundice normal. 10mg/dl agak rendah dan bersamaan dengan 170 micromol/L. Doktor biasanya akan pantau sehingga kurang dari 100 micromol/L.

hi dr. blh sy tau suhu normal & suhu demam bagi baby brp ea? my daughter baru berusia sebulan,bdn baby kerap rse mcm pnas..sy monitor suhu setiap satu jam.. range suhu dahi my daughter dlm range 37-37.6..itu blh consider sbg dmam ke?

Typo sedang = senang

Hi doktor, saya ada soalan nak tanya. Kalau saya darah A tapi suami darah O, ada kemungkinan ke anak nanti kena jaundice ? Sebab saya banyak baca orang cakap kalau baby ikut darah O kemungkinan besar baby kena jaundice.

Terima kasih doktor. ❤️

Hai doktor..saya pn zuliana..kandungan saya 21 minggu..saya nak tanye normal ker sakit pinggul ketika ni..rase mcm ngilu sgt bile baring dan nk bangun dr baring..sakit belah kanan..sakit dr 19 minggu.. Tq doktor..

Hai doktor. Saya darah O+. Melalui pembacaan saya, bagi ibu yang berdarah O, bayi yang dilahirkan berisiko tinggi kena jaundice. Ada tips untuk ibu hamil untuk kurangkan jaundice selepas bayi dilahirkan ?

Kuning berlebihan akan keluar daripada badan melalui air kencing dan berak bayi. Jadi tips yang terbaik ialah untuk tingkatkan penyusuan badan supaya bayi kerap berak dan kencing. Ibu juga harus minum banyak air dan makan makanan yang seimbang supaya susu badan mencukupi.

Anak saya skrg 2 thn 3 bulan, kerap sangat terkena selsema batuk dan demam tonsil..fyi Dr, masa kecil dulu dia prolonged jaundice..apakah ada kaitan mudah jatuh sakit dgn prolonged jaundice masa kecil dulu? Terima kasih Dr.

Prolonged jaundice tidak mempunyai kesan yang berpanjangan terhadap anak puan. Budak berumur kurang dari 5 tahun secara lazimnya mempunyai daya tahan badan (antibodi) yang lemah dan mudah jatuh sakit.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan