73 Các câu trả lời

Assalamualaikum puan...sy dh 33weeks, 13 thn kahwin...dan ini ank pertama kami...now tgah mengalami buasir n kdg2 berdarah...sy nk bertnya pendapat boleh kah sy berpuasa sepanjang ramadhan ni? Baru2 ni cuba juga utk berpuasa tetapi tahan smpai tgahari shj sbb bila mmbuang buasir sy berdarah dan sy buka puasa untuk pastikan sy dpt minum air secukupnya...Tq 😍

Tapi jika masih beterusan masalah ini, sebaiknya puan rujuk OBGYN puan semula ya

Boleh saya tahu, saya masih di trimester pertama. Saya ada baca satu article di mana pada trimester pertama.. ibu hamil tidak digalakkan berpuasa.. apakah kenyataan itu benar? Dan bolehkah terangkan dengan lebih lanjut menu pemakanan apakah yang sesuai sekiranya ibu ingin berpuasa?

Hi puan Ya betul, jika puan masih dlm trimester pertama, tidak digalakkan berpuasa lebih lebih lagi jika alami alahan

Assalamualaikum Dr, sy ingin bertanya bolehkah sekiranya kandungan sudah 34 minggu, adakah dibolehkn utk berpuasa? Sy kerap pening kepala & mual jika lambat makan. Dalam sehari 5 kali sy akan makan tetapi dlm kuantiti yg sedikit. Minta pencerahan supaya sy dpt buat keputusan sblm bermula puasa ini. Terima kasih Dr 🙏🏻

Assalamualaikum Puan,saya Nurul...Skrang kndungan saya 27w....Saya bila bersahur mmg tak boleh makan nasi sebab esok nye akan muntah.Zaman bujang saya biasa makan kurma dalam 5biji minum air suam sahaja masa bersahur...Saya nak bertanyakan apakah makanan yg sesuai untuk bersahur bagi ibu hamil kekal bertenaga 😊

Waalaikumussalam Puan Nurul Jika puan tidak boleh ambil hidangan berat sewaktu sahur, sebaiknya puan tambah segelas susu (250ml) kurma dan juga sedikit oat sebaiknya untuk melengkapkan hidangan.Jika masih muntah, sebaiknya puan buka puasa. Tapi apa apa pun puan boleh rujuk semula Obgyn yg memeriksa puan 😊

Assalammuaikum. Saya baru mengandung 6minggu 2 hri skrg.. boleh sy berpuasa seperti biasa dan makan makanan yang sama seperti org lain? Saya mengandung anak pertama dan belum pergi jumpa doktor lg.. sbb PKP dan kndungan masih awal kn.. boleh mtk pendapat.. trm ksh😊

assalamualaikum doktor , saya sedang hamil anak pertama sudah 10 minggu , 2 kali scan dekat hospital doktor kata saya pregnant kembar , lepastu pergi hospital lain scan kata 1 je , bukan kembar .. saya masih tak faham sebenarnya saya hamil kembar ke normal 1 .. boleh minta penjelasan doktor ?

Salam puan, sy baru 5 minggu. Boleh kah sy berpuasa? kalau boleh , boleh kah sy hanya makan roti sepanjang siang hari tu sehingga berbuka. Sbb sy berkerja puan. susah jgk nk bekal nasi ni. hehe. Harap puan boleh cadangkan apa y terbaik untuk pemakan sy jika sy tidak boleh berpuasa . Terima kaseh puan.

Assalamualaikum puan...Saya baru hamil 8 minggu,dan gemar makan buah - buhanan masam spt pelam muda.Saya juga kerap rasa sakit perut stiap hari.saya tak pasti sakit perut itu sbb makan buah pelam atau apa..apakah makanan yg terbaik utk saya makan,utk mengelakkan sy dari rasa sakit perut ketika hamil?

Assalamualaikum doktor. Saya ni seorg ibu yg breastfeeding. saya nak tanya, apakah makanan yg perlu saya ambil semasa bulan ramadan untuk memperbanyakkan air susu badan saya? sebab saya pernah ganti puasa, dalm satu haritu air susu saya berkurang kerana anak saya baru 4bulan minum tak puas.

Assalammualaikum Dr. Saya tgh pregnant 23 minggu dan ini adalah first pregnancy sy. Ini adalah kali pertama sy bakal berpuasa semasa hamil. Dr ada suggestion makanan yg sesuai untuk sy ambil semasa sahur bagi mendapatkan nutrien yg cukup utk sy dan baby spnjg bulan puasa nanti. Tq 😊

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan