8 Các câu trả lời
Waalaikumussalam, wah, bayi yang menangis setiap malam pastinya membuatkan ibu berasa risau dan penat. Saya faham betapa mencemaskan situasi ini. Biasanya, bayi menangis boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Salah satu kemungkinan adalah bayi sedang mengalami kembung atau masalah pencernaan. Walaupun sudah mencuba menukar pampers dan memeriksa kembung, tetapi ia mungkin masih menjadi faktor. Cuba perhatikan juga jika bayi mungkin terlalu lapar atau mengantuk. Mungkin mencuba menyusukan bayi sebelum waktu tidur atau memastikan bayi tidak terlalu keletihan sebelum masuk waktu tidur. Selain itu, bayi juga boleh menangis kerana perasaan tidak selesa seperti panas atau sejuk. Pastikan bayi memakai pakaian yang sesuai dengan suhu bilik dan cuba untuk menjaga bilik tempat tidur bayi pada suhu yang selesa. Mungkin juga bayi memerlukan kemesraan dan kenyamanan ibu. Mencuba untuk memberikan sokongan dan kasih sayang ekstra mungkin membantu menenangkan bayi. Jika situasi ini berterusan atau jika ibu berasa bimbang, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat dan penyelesaian yang lebih tepat. Semoga bayi cepat reda dan dapat tidur nyenyak. Teruskan semangat, ibu! #firstmom #bantujawab 🤗 Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz
sis dah cek ke ni smua.. 1. perut kembung 2. lapar 3. pampers basah 4. urut badan & kaki 5. bedung 6. white noise 7. mengantuk 8. badan gatal2 9. mandi utk dia rasa selesa 10. bilik terlalu panas 11. bilik terlalu sejuk brdasarkan pengalaman sya yg anak dah dua ni, klu masih meragam jugak, tu tanda beralih bulan sis.. try gendong2 dia.. bawak dia keliling dapur ke, bawak ambik angin kat luar rumah.. pastu bawak dia masuk bilik balik.. kadang kena buat mcm tu baru dia lega.. ataupun, mandikan dia.. kadang baby ni dia nak rasa selesa tu.. kadang tu jugak sebab dia nak mengempeng tau.. dia x leh tido sendiri.. dia nak mengempeng badan / pacifier sabar ya mommy, fasa ni akan berlalu
sis boleh follow tiktok baby language solution.. banyak ilmu tentang nak tidur kan baby.. saya anak dah 4 pun peel semua lain²..lepas follow dapat la ilmu baru.. salah 1 nya kena tahu alat tidur untuk anak... bedung + white noise + hayunan .. saya mula2 taknak ajar anak buai.. tapi lama2 mental koyak tak cukup tidur , malam je menangis sampai pagi.. nak urus abg2 sekolah.. saya masuk je buai dapat la buat kerja & urus anak2 lain.. sis boleh cuba jugak teknik tidur kan cuddle cure.. hope dapat membantu..
Ya Allah sis sama tapi baby saya pulak siang dia meragam taknak tidur dekat bawah nak kena dukung 24 jam 🥹 Mak nya pun dah tak rasa tangan. Kadang tu nak marah dia rasa mcm give up betul 🥹 Kita kesian tgk dia mcm penat nangis kan. Mmg clueless betul apa lagi tak kena 🫠 Harapnya cepat la berlalu fasa niiii mommy stressss 🤣
Sama 😭😭😭
Sama ank sy..seminggu lepas lahir.. Beza nya waktu jek.. Ank sy strt jam 12tghmalm ketas kdg sampai subuh baru tdo.. Mcm2 sy buat.. Sampai tukar tempat tdi dr tdo dlm bilik terus tdo kt ruang tamu.. Stress tau.. Sampai nangis2.. S3b baik la ada mak.. Kalau x.. Xtau apa jd.. Tp sekarang alhamdulillah baby dh ok..
Sama la kita , my baby letak je nangis, dlm tidur pun merengek nangis. Saya fikir sbb beralih bulan tapi kadang anak kita ni high demand pun boleh kira juga.
Sama hm, hopefully kita sama sama dapat solutions.
maybe growth spurt ...
Anonymous