Mari Mengundi 🇲🇾
Hai, Apa cadangan / perancangan anda sebagai rakyat Malaysia untuk pergi mengundi? Saya? Saya cadang pergi mengundi dgn membawa anak dalam stroller. Kalau bawa dgn carrier, takut undi rosak dek terganggu semasa pangkah. Suami bertugas pada Hari Mengundi nanti. Anda bagaimana?
Mmg x la keluar mengundi dgn musim2 covid nie. Cukup la sy dan suami masa bulan 10 hari tu, x cukup tido, x cukup rehat, sbb anak on off demam selama 1 bulan. Demam + batuk + selesema + cirit birit. Masa tu tukar pengasuh, x sampai 2 hari duduk situ anak dah sakit. Till to the extend, selesema anak dah sampai kuning2 kehijauan discharge die. Lpas seminggu ke KK untuk selesema batuk die , minggu selepas tu ke KK lg untuk kes cirit birit. Add on ke klinik swasta juga untuk ambik Nebulizer. Trauma. Penat die x boleh ckp lah sbb kitaorg bekerja the next day. Kalau boleh elak situasi mcm nie, elak lah. Skarang nie mcm2 penyakit, virus menyerang kanak2 tanpa kita sedari sbb effect die lambat. Nasib baik lpas abis bulan 10, kitaorg tukar pengasuh n my baby is getting better n healthier. Kalau nk mengundi pun better lah jgn bwk anak, kita x tahu dgn siapa kita berjumpa dan bersentuhan.
Đọc thêmsis, masa mengundi seeloknya jgn bwk anak. sebab semua org boleh keluar, termasuk org yg tgh quarantine. and lane dorg sama dgn lane org x quarantine. kalau ada lane lain pon sebelah2 je, tgok tmpt pengundian mcm mana. so nasihat sye, tolong elakkan bwk anak kecik ke tempat mengundi and tolong pakai mask. bwk pen sendiri. balik rumah terus mandi. bru keluar balik ke mana2 atau jumpa anak. anak2 ni antibody x kuat lagi, nak2 lagi baby.
Đọc thêmSaya mungkin tak pergi kalau sy kena bawa baby. Sebelum ni baby pernah kena covid, sangat sangat merisaukan ya keadaan dia. Jadi sy tak nak risikokan anak saya. Kalau husband sy balik awal jagakan baby, ya saya akan pergi mengundi.
keluar biar bergilir .. suami jaga anak dlm kereta , kita isteri keluar mengundi .. selesai kita , masok kete jaga anak ganti suami pulak keluar mengundi😄 utk mana yg suami cuti laa time tu😊
sis tolong elak bwk anak sekali yer. even dlm kereta. sbb semua org boleh keluar and sgt high risk, org yg positive pon boleh keluar mengundi and di lane yg sama atau lane bersebelahan je, bergantung dgn tmpt undi. even org yg jaga lane org positive ni xde pakai apa2 protection pon, ppe ke ape, bebas je jumpa org lain lps tu. tolong pakai face mask. and bwk pen sendiri. sbb masa tu kite xtau pon org sebelah kite ke depan ke belakang ke positive, sbb now xde pakai gelang ke ape2 kan. balik terus mandi baru la jumpa anak2 ke nak keluar balik ke.
Sy xmengundi sis,,sy ni kan kalau boleh kna bedrest saja,xboleh jalan sgt😅😅sbb nnt akn bleeding balik.lagipun kes covid meningkat,,dgn bawa perut nya eiii xlarat sis
Xde pilihan utk yg pjj, sy pergi time x sesak, org x ramai.. Standby mknn ank siap2.. Harap dipermudahkan urusan kita semua hari ni..insyaallah..
Saya dan suami ikut turn mengundi. Anak tunggu dalam kereta dengan suami masa saya mengundi
saya tgh 36w pregnant tgh fikir2/3 kali nk undi