Ubat tahan muntah vs asam
Hai, alhamdulillah sudah dua bulan saya pregnant. Ini anak pertama saya. Morning sickness on off. Harini lalu makan. Esok tak lalu. Loya rasa nak muntah. Boleh ke saya makan ubat tahan muntah atau sekadar menghisap asam asam. Saya tak suka sangat asam.
sy alahan teruk plus muntah2 sampai tak lalu makan hampir 4 bulan kandungan.. memang tak ambil asam2 sbb pakar pemakanan pesan bahaya. ganti dgn masam buah yg 'fresh2' cth buah oren, anggur. lebih khasiat utk ibu + baby. janin tgh membesar ap2 akan serap zat makan minum apa ibu telan. enjoy ur pregnancy journey iya 😊
Đọc thêmMorning sickness ni mmg kena hadap no matter wht.. sy sebulan lbh muntah².. tp jgn makan ubt tahan muntah.. jgn mkn ubt sebarangan.. mkn asam pn kekdg je.. kekdg sy mkn kismis.. and sy kaji apa yg sy mkn akn muntah lps tu.. so sy tkmkn la nasi, ayam, kek, coklat, air masak pn tkleh mnm huhu
Saya memang doctor bagi ubat tahan muntah.sebab sehari boleh muntah banyak kali.makan je muntah. Tapi lepas makan ubat tahan muntah pun masih sama. Sekarang dah 13 minggu masih ada lagi muntah2 ni. Apa2 kena dapatkan nasihat doctor.
Klu teruk sgt buli minta dgn doktor ubat utk morning sickness,,dos yg rendah dan selamat utk ibu2 mkn.Sbb bg yg bkja apabila M.S teruk sgt sukar utk mrk p bkja so mmg tpksa ambi,takan mc terus,mrhlah bos.
Sis better tnya pendapat doktor. Saya pun tak pasti kalau org pregnant boleh makan ubat tahan muntah atau tidak. Kalau nak makan Asam, cuba makan daripada buah buahan macam epal hijau, mangga muda, oren.
Sye pon dalam lingkungan 2 bulan..tpi dr tak kasi ubat lagi..Saya try asam jugak..tapi still rase loya..bile try sedut inhaler baru ok sikit..try cuba mne2 y awak rase ok..lain org lain pesen nyer😅
Hai sis. Selama sy pregnant tak pernah makan ubat. Morning sickness tu kejap je tu.masa mula2 saja. Trimeter kedua ada okey2 suda tu. Sebelum nak makan ubat tanya dulu dokter okey.
Haha saya pon sma. Tgok sana sini semua xnak. Selalu sapu vick. Mkan pon mna teringin kdg tu semulut dua je. Lpas tu xnak.. Kdg2 tu terpaksa kunyah gula2 laaa
Banyakkan makan buah dan sayuran.minum bnyak air. Cari ape yg boleh makn. Demi baby. Die nak mmbesar tu. Xpun mkn kurma.
Kekalkan hidrasi dgn mkn buah2an dan minum air. Let said xnk plain water blh mnum sebarang air jus...