6 Các câu trả lời
jangan risau. sy gbs & candida. dah selamat melahirkan baby 2nd baby jan 23 haritu. baby dh 11bulan pon dear. tak perlu down. GBS bukan penyakit kronik dan boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni tentang GBS. GBS. Ramai ibu hamil tanya saya tentang GBS. Ada ibu hamil yang panik tentang GBS. Ada ibu hamil yang tanya apakah GBS. Ada ibu hamil tanya saya kenapa ada pakar yang buat ujian saringan untuk GBS bagi ibu yang hamil tetapi kenapa ada pakar yang tak buat ujian saringan GBS ini? Mari saya beri anda semua penerangan. GBS ialah bakteria Group B Streptococcus atau juga dikenali sebagai Streptococcus agalactiae yang selalunya duduk di dalam Najis dan saluran dubur dan tidak memberi apa-apa kemudaratan. Dalam lebih kurang 1 dalam 4 (25%) ibu hamil, GBS boleh dijumpai di dalam vagina. Bakteria GBS dalam vagina wanita selalunya tidak memberi kemudaratan kepada wanita dan tiada simtom atau gejala. GBS bukan penyebab keguguran. GBS bukan penyebab kelahiran pramatang. GBS bukan penyebab air ketuban pecah. GBS juga tidak menyebabkan janin meninggal dunia dalam kandungan ibu selagi kantung dan air ketuban tidak pecah. Sebab inilah tiada keperluan ujian saringan untuk mengenalpasti ada GBS atau tidak pada awal kehamilan dan tiada keperluan merawat ibu hamil yang ada GBS dalam swab vagina dengan antibiotik pada awal kehamilan selagi labour belum bermula dan air ketuban belum pecah. Hanya semasa nak bersalin, 2 dalam 1000 bayi (0.2%) boleh mendapat jangkitan GBS semasa dilahirkan. Jadi kita sudah lihat, walaupun 25% ibu hamil ialah pembawa bakteria GBS, hanya 0.2% bayi mendapat jangkitan GBS. Tetapi jika bayi mendapat jangkitan GBS, bayi mesti dirawat dengan antibiotiks serta-merta, sebab KEMATIAN bayi disebabkan GBS ialah 10%, iaitu 10 dalam 100 bayi yang mendapat jangkitan GBS ini. Maknanya jika 2 dalam seribu bayi yang dilahirkan dapat jangkitan GBS, dan 10% bayi yang ada jangkitan GBS meninggal, maka kadar kematian bayi akibat GBS keseluruhannya ialah 2 dalam 100 ribu kelahiran bayi. Bakteria GBS ni, kadangkala ada, kadangkala hilang, kadangkala datang balik dalam vagina wanita. Jadi tak berguna memberi antibiotik semasa kehamilan untuk mencegah GBS, sebab selepas ia hilang, ia boleh datang balik semula sebelum bayi dilahirkan. Sebab inilah jika ibu hamil pembawa GBS, kita hanya perlu berikan rawatan antibiotik semasa proses labour atau selepas air ketuban sudah pecah, bukan sebelum labour selagi air ketuban tidak pecah. Sia-sia saja beri rawatan antibiotik semasa kehamilan sebelum labour bermula, sebab bila labour bermula kena bagi juga lagi rawatan antibiotik. Lagi satu masalah yang semua ibu hamil perlu tahu, ialah ujian saringan GBS melalui swab vagina ini bukannya ujian yang bagus untuk mengesahkan ada bakteria GBS atau tidak. Pada hakikatnya dalam 100 ibu hamil yang membawa GBS bakteria dalam vagina, swab test vagina itu hanya boleh mengesan 25 orang ibu. Test sensitivity hanya 25%. Ini bermakna 75% ibu hamil yang membawa GBS dalam vagina akan dapat keputusan yang false negative, iaitu, walaupun ada GBS bakteria di situ, swab test itu gagal mengesannya. Zaman dulu, kematian bayi jika mendapat jangkitan GBS ini sangat tinggi, tetapi sekarang, dengan sebab banyak kajian perubatan, kita sudah tahu siapakah ibu hamil yang berisiko tinggi mendapat bayi yang dijangkiti GBS, dan kami boleh mengurangkan risiko ini dengan rawatan antibiotik kepada ibu-ibu sebelum melahirkan bayi. Apakah risiko paling tinggi untuk bayi mendapat jangkitan GBS selepas dilahirkan? 1) Kelahiran pramatang (3 kali ganda) 2) Pecah air ketuban semasa pramatang, 3) Pecah air ketuban pada jangkamasa yang lama sebelum dilahirkan 4) ibu yang pernah melahirkan anak yang mendapat jangkitan GBS 5) Ibu yang dapat jangkitan GBS dalam air kencing (GBS urinary tract infection) 6) Ibu yang Demam semasa labour Jika dibandingkan 6 perkara di atas dengan Hanya terjumpa GBS dalam vaginal swab, risiko Bayi mendapat jangkitan GBS jika ibu hanya ada GBS dalam vaginal swab adalah jauh lebih kecil. Sebab inilah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan NHS UK tidak membuat saranan GBS screening melalui vaginal swab untuk semua ibu hamil yang nak bersalin. Tetapi kita semua mesti peka tentang 6 fakta di atas dan beri antibiotics untuk ibu-ibu yang ada SALAH SATU dari 6 perkara di atas. Tetapi di USA Amerika Syarikat, garispanduan doktor-doktor di sana menyarankan semua doktor-doktor buat ujian saringan ini juga sebab penduduk yang berasal dari Africa ada lebih risiko membawa GBS dan bayi mereka lebih tinggi risiko mendapat jangkitan GBS. Jadi pakar O&G di Malaysia di Hospital swasta, jika mereka mengikut saranan KKM dan NHS UK, maka tiada ujian saringan semasa kehamilan untuk GBS. Sebaliknya jika pakar O&G di Malaysia di Hospital swasta mengikut saranan USA, maka mereka akan memberi cadangan membuat ujian saringan semasa kehamilan untuk GBS sebab kos ujian ini boleh ditanggung dan dibayar oleh pesakit. Dari ilmu pengetahuan kajian perubatan antarabangsa tentang kematian bayi yang disebabkan GBS, 1) Jika ibu ada preterm labour, iaitu labour bermula pramatang, saya akan beri ibu hamil IV antibiotic sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina. 2) Jika ibu pecah air ketuban semasa masih pramatang tetapi labour tidak bermula, saya akan beri ibu hamil pil antibiotic sekurang-kurangnya 10 hari. Kemudian jika labour bermula, saya tambah IV antibiotics semasa labour, sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina. 3) Jika ibu hamil sudah sampai kematangan 37 minggu ke atas, tetapi air ketuban pecah lebih dari 18 jam dan belum lagi bersalin, saya akan beri ibu hamil IV antibiotic sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina. 4) Jika ibu hamil ada jangkitan GBS di dalam air kencing, iaitu GBS Urinary Tract Infection (UTI), saya akan beri ibu pil antibiotic serta-merta selama 7 hari dan memastikan GBS UTI itu telah pulih semasa kehamilan. Sebabnya ialah sesiapa yang hamil yang ada UTI, jika tidak dirawat, ada risiko kelahiran pramatang disebabkan jangkitan yang sampai ke buah pinggang ( inilah pyelonephritis). Tidak kira apakah bakterianya yang bertanggungjawab, sama ada GBS atau bakteria yang lain, UTI mesti dirawat dengan serta merta. Ada Misi yang panggil ini kencing kotor. Untuk ilmu pengetahuan anda jika swab air kencing menunjukkan ada protin atau leukocyte atau nitrite di dalamnya, ramai Misi atau doktor muda akan kata kencing kotor. Pada hakikatnya, tiada kekotoran di dalam air kencing, hanya ada kehadiran protein atau leukocyte (Sel darah putih) atau nitrite. Untuk mengesahkan jika ada UTI, perlu buat ujian culture air kencing dulu baru boleh kata ada UTI. Ujian culture akan mengambil masa 2-3 hari untuk mendapat keputusan. Jika ibu hamil tiada gejala atau simtom, saya tak perlu beri antibiotik sehingga mendapat kepastian urine culture. Jika ibu hamil ada simtom atau gejala, saya akan beri pil antibiotic sambil menunggu keputusan urine culture. Sebenarnya ‘kencing kotor’ itu bukanlah istilah perubatan, sebab air kencing itu tiada kekotoran. Saya tak suka beritahu ibu hamil air kencing mereka kotor, sebab ini hanya membuat ibu risau dan bimbang, tiada manfaat langsung menggunakan Bahasa ini. Saya akan beri penerangan yang betul supaya ibu hamil tak risau. Kemudian, untuk ibu hamil yang ada pengesahan GBS UTI, yang sudah pulih dengan rawatan antibiotik, mereka juga saya akan berikan Rawatan IV antibiotic semasa labour, sehingga sudah bersalin, disebabkan ilmu pengetahuan risiko yang lebih tinggi kepada bayi yang baru lahir tanpa antibiotic semasa labour untuk ibu-ibu ini. Tidak kira ada GBS dalam swab vagina atau tidak. Maka tak perlu pun buat ujian saringan GBS dalam swab vagina sebab apa-apa pun keputusan swab itu tidak akan mempengaruhi saya nak beri antibiotik atau tidak. Semua ibu yang ada GBS UTI ialah pembawa GBS. Jika UTI dari punca bakteria lain semasa kehamilan, tak perlu antibiotik semasa labour, sebab ini hanya untuk GBS UTI. 5) Jika ibu pernah bersalin anak yang disahkan mendapat jangkitan GBS selepas bersalin, saya akan beri ibu hamil IV antibiotic semasa labour sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina untuk kehamilan kali ini. Maka tak perlu langsung buat ujian saringan GBS melalui vagina swab untuk semua kehamilan yang berikutan. 6) Jika ibu DEMAM semasa labour, saya akan beri ibu hamil IV antibiotic sehingga bersalin. Tidak kira ada GBS atau tidak dalam swab vagina. Alhamdulillah setakat ini semua ibu-ibu yang saya pernah rawat yang ada 6 perkara di atas, dimana ada risiko lebih tinggi untuk bayi pun boleh melahirkan secara normal dengan rawatan antibiotik semasa labour dan TIDAK PERLU pembedahan Caesarean section atas sebab ibu ialah pembawa GBS. Sekarang masih lagi ada kajian perubatan untuk mencari kaedah yang lebih baik untuk mengenalpasti ibu hamil yang membawa bakteria GBS dalam vagina dengan lebih tepat, sebab ujian saringan swab vagina (HVS) untuk GBS itu sangat tinggi keputusan yang false negative dan tidak memberi keputusan bagus sebagai ujian saringan. Sekarang penyelidik juga sedang mencari vaksin GBS untuk mencegah masalah ini. Semoga bermanfaat. Terimakasih kerana rajin membaca. Memang followers saya sangat awesome! Jangan lupa, tiada consultancy online di sini, jika anda ada masalah, sila berbincang dengan doktor anda masing-masing di klinik, bukan di media sosial. Tak payah tanya ibu-ibu lain apa nak buat, tanyalah doktor anda. TAK PAYAH BELI PRODUK OVERCLAIM MENGARUT NAAAAA!!!!! Saya juga sangat pantang orang yang kongsi ilmu pengetahuan yang saya sampaikan kepada anda kemudian cuba menggunakan posting saya untuk menjual produk overclaim. Memang jika saya tangkap orang-orang penipu macam ini, saya akan block terus supaya tak boleh memperdayakan orang ramai melalui posting saya. Anda hanya patut terima rawatan dan nasihat doktor, bukan penjual produk. Terimakasih. Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Obstetric & Gynaecology, Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine.
ni pula penerangan dr doctor izzat. doctor sakit puan tentang GBS GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye 😜 Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada vagina dan rektum ( tempat simpan tinja sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%) Bacteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakkan wanita yang ada GBS ini tidak menujukkan apa-apa symptom. Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bacteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan. Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan, dan amat jarang ketika kehamilan dan sekiranya proses proses bersalin belum bermula. Bagaimana nak kesan GBS? GBS boleh dikenalpasti ketika hamil bila sample dari vagina / sampel dari rectum atau ujian air kencing. Kita TIDAK offer kepada semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana : 🌀Kebanyakkan wanita yang ada GBS, melahirkan bayi yang sihat dan tidak ada jangkitan GBS 🌀Saringan GBS pada lewat kehamilan, tidak boleh secara tepat meramalkan bayi mana yang akan terkena jangkitan GBS 🌀Tiada ujian sariangan yang benar-benar tepat. Jika ujian saringan menujukkan tiada GBS – tidak bermakna 100 % ada bukan pembawa GBS 🌀Kebanyakkan bayi terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tak cukup bulan, sebelum sempat kehamilan disaring untuk GBS pada 35 hingga 37 minggu 🌀Pemberian antibiotik kepada semua pembawa GBS bermaksud sebilangan besar wanita akan menerima rawatan yang mereka tidak perlukan sebenarnya. Ape kesan GBS kepada bayi? Kebanyakkan bayi yang kena GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal. 1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS ( early-onset GBS infection ). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu ( pneumonia ) dan jangkitan pada lapisan otak ( meningitis ) Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang. Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya : ✔️Bayi pramatang - lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya ✔️Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS ✔️Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin ✔️Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample vagina ✔️Air mentuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi? 🔴Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotic. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah. 🔴Kalau sample dari vagina yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotic ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah. 🔴Jika ada bayi yand terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas, kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah 🔴Jika air mentuban pecah sebelum 37 minggu, dan ibu ada GBS, kehamilan perlu di induce – bayi perlu dilahirkan tanpa berlengah untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman GBS. Jangan lupa antibiotic juga turut diberikan melalui salur darah. 🔴Walaupun seseorang wanita tu takda GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotic juga melalui salur darah yang merawat banyak bacteria termasuk kuman GBS. 🔴Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doctor akan menasihatkan ibu menerima antibiotic dalam salur darah walaupun takda GBS. ❗️Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotic SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS. Tak perlu antibiotic selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotic ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran. ❗️Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotic untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air mentuban telah pecah. Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotic sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan ‼️Beritahu doctor mengenai ubat yang anda allergic kepada. Kemungkinan besar ubat yang ada allergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS. 👶🏻Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik . Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan 👶🏻Nafas berbunyi, susah untuk bernafas 👶🏻Selalu mengantuk dan tiada respon 👶🏻Otot-otonya lembik 👶🏻Tidak minum susu dengan baik, atau kurang susu 👶🏻Demam atau mempunyai suhu rendah 👶🏻Perubahan pada warna kulit ( blotchy skin ) 👶🏻Nadi bayi menjadi laju atau terlampau perlahan 👶🏻Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital 👶🏻Paras gula darah bayi rendah – bole dikenalpasti di hospital 👀Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang serious sehinggan boleh membawa maut. Jangan melompat-melompat kebimbangan kalau doktor cakap anda ada GBS, biarkan doktor explain terlebih dahulu. Ada rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi. Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
saya pun missc 2nd tri tahun lepas. sbb gbs+ kuman dah attack cervix. skrg prgnant 7 bulan. sis kena pastikan next pregnancy kk arrange checkup dengan klinik pakar (hospital), mereka akan pantau sehingga kandungan stabil. dont worry mommy.
Doa byk2 supaya baby sihat n dpt melahirkan baby cukup bulan. Stop makan manis n makan yogurt asli dengan kerap.
tq❤
Its ok sis.. Rmi je kt sni yg GBS positif tmasuk sye.. Yg pentg sblum bsalin kne drip antibiotik dlu..
Dont worry mommy sy pun gbs +ve. Bersalin 29nov haritu. Ok jee🥰
Kena pegi awal awak. Sbb gbs+ tak boleh ketuban pecah dulu. Sbb antibiotics kena bg awallll
fatin nadyra