Sbb sy ade gbs jd sy nk share juga pada mommy2 lain benda penting ni.Credit to mommy pesbuk yg share

GBS ni apa? Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan najis sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%) Bacteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakkan wanita yang ada GBS ini tidak menujukkan apa-apa symptom. Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bacteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan. Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan, dan amat jarang ketika kehamilan dan sekiranya proses proses bersalin belum bermula. Bagaimana nak kesan GBS? GBS boleh dikenalpasti ketika hamil bila sample dari faraj / sampel dari rectum atau ujian air kencing. Kita TIDAK suruh semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana : 🌀Kebanyakan wanita yang ada GBS, melahirkan bayi yang sihat dan tidak ada jangkitan GBS 🌀Saringan GBS pada lewat kehamilan, tidak boleh secara tepat meramalkan bayi mana yang akan terkena jangkitan GBS 🌀Tiada ujian sariangan yang benar-benar tepat. Jika ujian saringan menujukkan tiada GBS – tidak bermakna 100 % ada bukan pembawa GBS 🌀Kebanyakkan bayi terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tak cukup bulan, sebelum sempat kehamilan disaring untuk GBS pada 35 hingga 37 minggu 🌀Pemberian antibiotik kepada semua pembawa GBS bermaksud sebilangan besar wanita akan menerima antibiotik yang mereka tidak perlukan sebenarnya. Ape kesan GBS kepada bayi? Kebanyakan bayi yang kena GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal. 1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS ( early-onset GBS infection ). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu ( pneumonia ) dan jangkitan pada lapisan otak ( meningitis ) Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang. Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya : ✔️Bayi pramatang - lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya ✔️Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS ✔️Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin ✔️Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample faraj ✔️Air mentuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi? 🔴Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotic. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah. 🔴Kalau sample dari faraj yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotic ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah. 🔴Jika ada bayi yang terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas, kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah 🔴Walaupun seseorang wanita tu takda GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotic juga melalui salur darah yang merawat banyak bacteria termasuk kuman GBS. 🔴Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doctor akan menasihatkan ibu menerima antibiotic dalam salur darah walaupun takda GBS. ❗️Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotic SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS. Tak perlu antibiotic selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotic ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran. ❗️Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotic untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air mentuban telah pecah. Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotic sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan ‼️Beritahu doctor mengenai ubat yang anda allergic kepada. Kemungkinan besar ubat yang ada allergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS. 👶🏻Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik . Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan 👶🏻Nafas berbunyi, susah untuk bernafas 👶🏻Selalu mengantuk dan tiada respon 👶🏻Otot-otonya lembik 👶🏻Tidak minum susu dengan baik, atau kurang susu 👶🏻Demam atau mempunyai suhu rendah 👶🏻Perubahan pada warna kulit ( blotchy skin ) 👶🏻Nadi bayi menjadi laju atau terlampau perlahan 👶🏻Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital 👶🏻Paras gula darah bayi rendah – bole dikenalpasti di hospital 👀Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang serious sehinggan boleh membawa maut. Jangan melompat-melompat kebimbangan kalau doktor cakap anda ada GBS, biarkan doktor explain terlebih dahulu. Ada rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi.

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

betul tu. jadi kalau ada keputihan/makin banyak waktu 1st, 2nd atau early 3rd trimester pun, tak perlu risau andai kata itu GBS sebab tak mengganggu baby dalam rahim. risikonya cuma bila nak bersalin nanti. kalau GBS +ve awal, cuma rawat dengan banyakkan minum air dan banyak buang air kecil dan ambil probiotik untuk kestabilan bacteria vagina dan kurangkan pengambilan gula, tak perlu antibiotik. sebab rawatan antibiotik awal2 tak menjamin GBS takkan +ve semula waktu nak bersalin nanti. thank you for sharing sis 💜

Đọc thêm

good info dr fb doctor imelda balchin pakar o&g😊