Bertenang puan, kawal emosi. Ugut suami macam tu tak beri apa-apa manfaat pada puan, kandungan dan suami.
Cuba overthinking yg membawa kpd hikmah drpd overthinking yg boleh menyakiti puan mentally and phisically.
Cuba fikir, puan ugut macam tu, end up puan perlukan suami bantu puan semasa dan selepas bersalin kan?
Apa kata puan tenangkan diri dgn ilmu menghadapi proses bersalin awal dgn tenang. Saya akui saya nervous juga kena bersalin awal. Tak sempat nak gali dan praktikkan semua ilmu dan pengalaman. Apa yg saya buat, redha, didik diri bertenang dan tawakkal.
Memang saya pun nak bersalin melalui vaginal birth, bila dengar nurse bisik2 degup jantung baby tak berapa ok, sy didik diri redha jika kena czer.
Dah lah kita nervous, nak serabut lg ke dgn perangai suami?
Selagi masih berdua sebelum kelahiran anak ni, dating dgn suami, ajak solat jemaah. Solat jemaah ni penting. ajak pillow talk, bercuti, jalan di pantai, dinner, ambil peluang beritahu dia sbg suami, puan perlukan dia sokong puan sbg isteri. Puan pun sokong dia sbg suami. Luahkan apa yg puan tak puas hati selama hidup sbg suami isteri sblm terima anak ni. Of course kehidupan slps kelahiran berubah 360°. Jika baru nikah, tak sempat berkenalan lama pun dgn suami yg baru duduk sebumbung.
Minta dia kurangkan main game sbb puan perlukan perhatian dia. Saya dan suami selalu juga saling mengingati pesanan Dr. Zulkifli al bakri: " berkumpul tapi bersendirian* jika masing2 hadap hp. 😅 Sentap masing2 dan letak hp masing2 dan borak.
Banyakkan saling bersabar menghadapi isu rumah tangga.
Perkara blh bawa bincang, bincang elok2 ya. Mudahan Allah kurniakan ketenangan, kasih sayang dan rahmah pada keluarga puan. 🌻