Hi! Disebabkan isu ni berlarutan harini sampai ada yang salah faham semua 😂 As TTC jugak tapi dah berjaya pregnant, saya cuma nak cakap yang simptom ovulation, period & pregnant memang similar tau. Memang susah sangat nak trace sama ada period atau pregnant. Saya pernah delay period selama 3 minggu, end up upt -ve selang beberapa hari dah period. Hormon saya tengah tak stabil. Sesetengah orang masa ovulation pun akan jadi benda tu jugak. Sis rajinkan search dekat tiktok apa simptom ovulation. Sebab kadang tanya dalam ni mmg mengundang kecaman sebab susah org nak faham perasaan takut kita as ttc ni untuk buat UPT. Kadang sampai phobia nak buat UPT. Apa apa pun, sis tunggu la delay period seminggu baru test supaya tak membazir upt ye. 2-3 hari selepas period tak mungkin akan jadi +ve, maybe tu sis tengah ovulate. Dah boleh bersama dengan suami ye. Tapi kena take note jugak, tak semestinya delay period tu dia jadi pregnant. Mungkin delay sebab hormon/lifestyle berubah contoh makan makanan tak sihat ke pada bulan tu atau maybe sis stress. Sebaiknya kalau nak check upt tunggu dalam delay seminggu ke atas. Probably masatu kalau pregnant, memang dah +ve. Boleh guna brand dip n tell dulu sebelum beli clearblue nak elak pembaziran. Semoga ada rezeki sis sis semua untuk pregnant yaaa 🤍 Tips dari saya yang TTC, memang kena kurangkan stress (walaupun hakikatnya stress menunggu double line) its okay to enjoy your "honeymoon phase" bersama husband. Sebab masa saya TTC dulu, i received a lots yang cakap "sementara berdua ni, enjoy dulu dgn husband. Nanti ada anak, cara akan berubah semua" yess saya ikut semua, enjoy our honeymoon phase tanpa stress, doa usaha tawakal jugak Alhamdulillah Allah bagi rezeki. Untuk orang yang reply dengan kecaman, Kalau takde benda baik nak cakap just scroll up. Tak perlu reply, tak perlu amik tahu. Kat dalam ni ada banyak lagi soalan yang awak boleh reply. Kalau posting someone tu buat anda marah atau emosi, ingat satu je....kita takde dekat tempat dia
Anonymous