Ibu² Elakkan bertanya mengenai masalah perubatan anda di sosial media.

Di dalam laman FB,mahupun media sosial yang lain, doktor perubatan boleh menyampaikan maklumat kesihatan secara am sahaja. Doktor perubatan tidak boleh menjawab soalan perubatan peribadi anda di laman media sosial dan tidak ada perundingan perubatan online, tidak ada medical consultation online. Perundingan perubatan individu atau perseorangan di laman sosial media seperti facebook, PM (personal message), atau Whatsapp, atau SMS, atau email, melanggar garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau ada masalah perubatan dan inginkan pendapat perubatan, sila buat temujanji di klinik atau hospital dan berjumpa dengan doktor secara rasmi. Ini lah cara yang terbaik, sebab doktor boleh membuat pemeriksaan, ujian darah jika perlu, Xray atau scan jika perlu, untuk mengenalpastikan yang anda betul-betul ada penyakit yang membimbangkan anda, sebelum memberi pendapat atau rawatan. Kadang-kadang pesakit tidak ada penyakit yang dia sangka dia ada. Kadang-kadang pesakit itu ada beberapa jenis penyakit. Jika doktor tidak membuat pemeriksaan yang betul, dan mengenalpasti apa masalah anda dahulu (kadangkala ada beberapa masalah yang anda tidak ketahui), doktor tidak boleh memberi nasihat yang terbaik untuk anda. Elakkan bertanya mengenai masalah perubatan anda di sosial media. Jangan tayangkan masalah perubatan anda secara terbuka. Ini untuk perlindungan anda, supaya anda tidak menerima nasihat yang salah yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Kadangkala akan muncul pula pendapat-pendapat daripada mereka yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan menjual produk yang tiada bukti keberkesanannya kepada anda. Anda juga tidak tahu apakah kelayakan sebenar ‘doktor facebook’ yang anda tanya dan tidak tahu apakah bidang kepakaran doktor di media sosial. Untuk perlindungan anda, masalah kesihatan anda dan masalah perubatan anda hanya patut di bincang dengan doktor anda bila bersemuka dengan doktor secara rasmi. Masalah perubatan anda adalah rahsia pesakit dan maklumat ini disimpan rapi dalam nota perubatan. Patient confidentiality atau rahsia pesakit mesti dihormati untuk perlindungan pesakit. Saya memohon maaf, tidak menjawab soalan perubatan peribadi di sini atau FB messenger dan tidak menerima permintaan untuk temujanji melalui sosial media. Semua permintaan untuk temujanji dengan doktor, hendaklah dibuat secara rasmi melalui talian atau kaunter hospital atau klinik mengikut peraturan yang ditetapkan. Saya mohon anda semua ikut nasihat ini untuk kebaikan dan perlindungan anda. Saya juga mohon anda hormatlah masa lapang doktor-doktor kita dan jangan PM mereka soalan-soalan peribadi anda supaya mereka mendapat rehat yang secukupnya di luar masa perkerjaan mereka. Pi jumpa di klinik dan tanya. Terimakasih. Minta maaf juga sebab saya kena repost pesanan ini lagi sekali. Repost : Dr Imelda Balchin #theAsianParent

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Super Mom

👌👌👌💕

Thành viên VIP

👍👍👍