2 Các câu trả lời

Kebiasaanya first baby bukaan memang slow progress, sebab tu dr suruh tunggu turun tanda seperti air ketuban atau contraction yang kerap. Setiap 5-10min. Sebab contraction tu yang membantu buatkan bukaan cepat. Normal untuk turun darah sikit lepas check bukaan, sebab kadang masa check tu pun dr akan stretch sikit bagi percepatkan progress bukaan Hospital cuma akan tahan warded kalau bukaan dah 3cm ke atas and prepare tolak masuk dalam labor room biasanya bila dah 4/5cm. Melainkan ibu request untuk induce. Baru dorang akan wardedkan ibu. Sebab kalau tak boleh jadi berhari ibu duduk dekat hospital tunggu bukaan secara semula jadi (lain badan lain progress). Sebab kalau semua orang warded masa 1cm. Tak cukup katil nanti sebab taktahu bila akan fully dilate 10cm Ibu jangan stress ya. Note down kekerapan contraction. Bila dah semakin kerap & regular bukan on off. Cepatcepat pergi ke hospital. Ataupun turun darah yang banyak/pecah air ketuban. Immediately kena pergi Selingan: kawan saya overdue pergi hospital baru 1cm, kena tahan & dr kena induce 2 kali sebab progress terlalu slow. Hari ke3 baru dia melahirkan baby. Sepanjang 3 hari tu kena duduk dalam labor room sorangsorang sebab dah induce.

TapFluencer

Sama lah. Tp sy takde turun tanda lg, cuma mengeras kerap + sakit ari2 + sakit punggung on off + mual2 rasa nk demam pun ada. Nk pegi takut tak di layan 😣

sy ni dkt umah dok tahan sakit jaa, kdg smpai nk menangis pun ada..

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan