Risau, risau, risau
Dah macam iklan thomson pulak. Saya ibu pertengahan. Umur 30 untuk tahun ni. Kisah saya, lambat period untuk Jun hari tu. Risau ada yang sangkut. Sebab memang rancang sendiri. 😅 Gigih la lepas tiga hari lambat buat UPT. -ve. Selepas smggu dari UPT pertama buat lagi, sama -ve. Semalam, saya try buat UPT kena +ve. Kira dah tiga kali buat test baru positif. Masalahnya sekarang, saya excited sebab positif, bagitau laki pun reaksi biasa-biasa ja. Tapi, risau nak bg tau mil, konfem dia kata usaha la buang sebab sendiri penat. Rehat tak ada. lagipun masih awal lagi. tak apa kalau buang. Serba salah pulak rasanya. Saya jenis orang yang excited nak share berita gembira. 😂 Skarang hanya kami je tau. Nak pegi buat buku pun takut jugak, sbb 18/7 ni anak kedua baru 1 tahun. 😌 Appt KK 1 tahun 20/7 ni Risau pulak kena marah misi atau doc la jugak. Haiyak~ ada tak ibu-ibu boleh pujuk hati saya ni bagi tak risau. 😬 Anak-anak saya rapat. Dulu masa mula kawen setengah tahun baru lekat. Dah lekat, baru keluar lekat lagi. Haha sulong baru 2y1m angah baru 11m soon 1y memang risau tahap tiap masa fikir macamana aku nak jawab dengan orang sekeliling aku nihhhh