14 Các câu trả lời

Jgn risau dek. Selagi x de bleeding atau sakit apa ke.. Tunggu je dlm 8 minggu gitu baru scan semula. Akak pun sama mcm awak 5w scan x nampak. Hati ni riso berdebar jugak sbb dah 19 tahun x mengandung skali lekat lps 3x miscarriage. Dgn kita ni umur dah 43 masa tu + ada diabetes 😅. Doktor kt kk ada yg positive dan ada yg 50/50 sbb kemungkinan 'x ade' tu tinggi. Jadi akk serah bulat2 pada allah...nahhh 8w scan dah ada kantung siap heartbeat😅. Alhamdulillah semua selamat dan dpt la babygirl sorang selepas 2 org abgnya yg umur 20&19 tahun. So keep positive... Ada atau tidak tu semua Allah yg tentukan. Sbb DIA sahaja yg tahu apa yg terbaik utk kita. Jgn risau ok mummy✌️

Saya faham kebimbangan anda. Adalah normal untuk risau apabila tiada kantung pada usia kandungan 5 minggu, tetapi hasil ujian kehamilan positif menunjukkan bahawa anda mengandung. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor atau pakar bidan untuk pemeriksaan kesihatan yang lebih terperinci. Mereka akan dapat memberikan penjelasan dan pemeriksaan lanjut untuk memastikan kehamilan anda berjalan dengan baik. Jangan risau secara berlebihan, dan dapatkan nasihat perubatan yang betul. Semoga semuanya berjalan dengan lancar untuk anda. https://invl.io/cll7hzz

Jangan panic. Ada rezeky tu siss . Saya 4w scan pun doc kata sama ada ectopic @ tanda nak period. 8w baru nampak kantungggg sis. Jadi saya boleh kata, masih baru lagi. Jangan minum kafein, jangan angkat berat2, jangan penat2. Just jangan bagi stress n overthinking yg melampau

waktu scan yg terbaik adalah 8minggu ke atas. scan awal sgt boleh jd xnmpk dan mula la kita fikir bukan ii. apapun slgi xrasa perlu utk scan, tggu 8 mggu ke atas bru scan. slgi tak kua lendir ke darah ke apa ke, positive je awak pregnant jaga diri elok ii.

Mungkin awal lagi sis. Ada case kawan saya doc suspect ectopic siap operation terus tanpa scan bebetul. sekali operate takda pun ectopic. Baby elok je duduk dalam rahim. Kuasa Allah kan. Dah besar dah anak dia

Sama macam saya. 5 weeks takda kantung. Masih awal. Terus doctor refer HTA. Check tvs scan pun takda then suspect ectopic. Masuk je 6 weeks, hari appointment tu terus ada kantung kecil. Stay positive ya mommy!

Kandungan 5week masih terlalu kecik. And masih terlalu awal utk tentukan kandungan tu dlm atau luar rahim. Sis jgn stress. Keep positive je okey. Repeat scan 2 minggu lagi in shaa allah nmpk kantung

saya dulu pun scan awal 5 week. tp ada nampak kantung then dr suruh datang 2 week lagi untuk cek balik. masa week 8 tu bqru doktor cakap sy memang pregnant suda

saya 5 weeks dah nampak kantung... mungkin setiap ibu badan tak sama.. insyallah nnti scan lgi lps berapa weeks sis

Check lg by 6 or 7 week guna tvs.. slalunya dh blh nmpk kantung masa tu, klu 5week mcm awal sgt

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan