Buah avocado sering menjadi pilihan ramai ibu bapa kerana ia memiliki manfaat kesihatan yang bagus untuk anak. Atas sebab itu, Taste Australia mempromosikan avocado yang unik, segar dan rasa yang manis sepanjang tahun ini.
Kempen yang dijalankan oleh Taste Australia ini bertujuan memberikan lebih banyak inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya membuat pilihan makanan yang lebih sihat khususnya buat anak-anak.
Untuk itu, apakah khasiat buah avocado pada anak? Jom kita teliti keseluruhannya dalam artikel ini.
5 Manfaat Buah Avocado Pada Anak
#1. Mendukung pertumbuhan bayi
Avocado memiliki Vitamin dan Mineral seperti Vitamin C, Vitamin A, Vitamin K, Vitamin E, folat, Vitamin B-6, Niacin, thiamin, magnesium dan lain-lain yang sangat penting untuk membantu pertumbuhan bayi bermula seawal umur enam bulan.
#2. Menghindari radikal bebas dalam tubuh
Antioksidan yang terkandung dalam avocado dapat melawan kerosakan yang dilakukan radikal bebas kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada sel dalam tubuh. Jadi dengan makan avocado, ia dapat menghindarinya.
#3. Melindungi organ hati
Makan avocado yang teratur dapat melindungi dari kerosakan hati yang berkaitan dengan penyakit kuning dan hepatitis.
Namun, jika bayi sedang mengalami salah satu penyakit ini hindari memberi avocado kepada mereka kerana ia lebih memburukkan keadaan.
Tapi, ibu boleh berikan pada si kecil setelah mereka sembuh dari penyakit tersebut.
#4. Mengawal keradangan
Menurut kajian yang dilakukan, buah avocado boleh mengurangkan keradangan yang berlaku pada kulit bayi.
#5. Bantu penyembuhan luka lebih cepat
Selain merawat keradangan, avocado juga dapat membantu sembuhkan luka dengan lebih cepat. Jadi jika si kecil mengalami luka-luka ringan, ibu boleh memberikan mereka makan avocado berbanding terlalu kerap memberi mereka ubat.
Nota:
- Ibu boleh mula perkenalkan buah avocado pada bayi seawal umur enam hingga lapan bulan.
- Pilih buah avocado yang sudah masak dan lembut isinya supaya mudah disediakan pada si kecil.
- Ibu boleh campurkan puri avocado bersama susu badan atau susu formula sebelum diberi pada anak.
- Boleh campurkan puri avocado bersama puri buah-buahan yang lain seperti pisang atau epal.
Semoga bermanfaat.