Boleh tak mommies tolong sy. Sy tgh dilemma sekarang ni. Cerita dia mcm ni. Sy dah setahun lebih kahwin and ada anak umur 5 bulan. Buat masa skrg sy duduk dgn mertua. Sebelum ni mertua okay je dgn sy and suami. Dia happy je tengok kami suami isteri bahagia. Keluar jalan jalan, masak sama sama, tengok tv semua tu. Tapi lately dia mcm tak suka sy. Dia langsung tak bercakap dgn sy. Dgn cucu pun dia tak ambik kesah. Haritu sy balik tidur rumah mak sy selama 4 hari. Masa sy berjauhan, dia cakap dia rindu nak main dgn cucu, dia ada tanya bila nak balik rumah dia. Bila sy balik rumah dia, dia tak pedulikan pulak anak sy. Tak tegur, tak main langsung dgn anak sy. Sebelum ni beria suruh balik 😅😅 So sy ada la cakap dgn husband "masa kita ada tak layan pun. Bila takde tercari cari pulak" lebih kurang mcm tu la. Mungkin dia dengar kot. Lepas kejadian tu dia langsung tak bercakap dgn sy. Tegur pun tak. Dia selalu mengelak kalau sy keluar bilik. Mungkin salah sy jugak sbb cakap mcm tu. tak jaga hati dia
Husband dah perasan sy kurang senang dgn perangai mak dia. Dia dah mula ajak pindah once business kitaorg grow and yakin kitaorg boleh survive kalau tinggal asing. Berdosakah sy pisahkan suami sy dgn mak dia? Berdosakah sy sebagai menantu tak duduk sebumbung dgn mertua? 😭😭😭 btw suami sy ada dua beradik je. Abang dia captain kapal so jarang ada kat rumah. Suami sy la yg bawak mak dia pegi situ sana. Please bagi pendapat mommies semua