mengandung seminggu

boleh tak baru seminggu mengandung boleh minum air kopi ??? tidak ke guguran ??

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Banyaknyaaaa soalan. "Prof, bila hamil, boleh minum kopi ka?" "Prof Mel, betoikaa kalau minum kopi nanti gugur?" Punya laaaa ramai ibu dok tanya soalan ni. Pertama sekali, ibu-ibu semua kena tahu yang keguguran boleh berlaku pada 1 dalam 5 kehamilan, walaupun tak minum kopi. Jadi semua ibu yang baru mendapat tahu dia hamil, ada risiko keguguran sebanyak 15-20%, bergantung kepada umur ibu. Kalau minum kopi dan gugur, susah nak tuduh kopi tu kalau memang pun ada masalah baka dari benih atau telur. Lebih daripada 50% keguguran pada tiga bulan pertama itu disebabkan baka telur atau benih yang tak elok. Semakin tua usia ibu, kualiti DNA dalam telur semakin kurang, jadi semakin susah menjadi hamil bila usia meningkat dan semakin tinggi kadar keguguran jika hamil. Dalam 100 ibu hamil berusia 20-24 tahun, 10 akan gugur. Dalam 100 ibu hamil berusia 25-29 tahun, 12 akan gugur. Dalam 100 ibu hamil berusia 30-34 tahun, 15 akan gugur. Dalam 100 ibu hamil berusia 35-39 tahun, 25 akan gugur. Dalam 100 ibu hamil berusia 40-44 tahun, 50 akan gugur. Dalam 100 ibu hamil berusia 45 tahun ke atas, 90 akan gugur. Selain daripada umur ibu, punya laaaa susah nak buat kajian macam ni, pasai, ramai orang yang suka minum kopi bangak-banyak atau suka apa-apa pun yang berlebihan tu juga suka benda lain yang tak elok untuk kesihatan mereka. Sebagai contoh merokok, minum arak atau makan makanan yang tidak seimbang. Jadi memang susah laaa nak tuduh kopi saja yang menyebabkan keguguran. Ada kajian yang baru diterbitkan dari Denmark bulan lepas. Penyelidik mengikuti 47 ribu kanak-kanak sampai usia 11 tahun. Kesimpulan mereka, anak-anak kepada ibu yang minum 8 cawan kopi atau lebih dalam sehari semasa hamil, ada lebih masalah hyperactiviti dan masalah penyakit mental (Psychiatric disorders). Tapi kebanyakan wanita tak laa minum kopi sampai 8 cawan sehari. Saya rasa ibu yang minum kopi sampai lebih daripada 8 cawan kopi sehari tu memang lah tak betoi sikit, mungkin sebab tu laa anak depa tak betoi sikit. Tak tau laa nak salah kan kopi atau tidak. Kajian yang menggabungkan 130 ribu wanita hamil pula menunjukkan jika minum 1-2 cawan kopi nescafe yang bersamaan 150mg caffeine sehari, risiko keguguran meningkat bila dibandingkan dengan tidak minum kopi langsung tapi perbezaannya tidak lah ketara. Tetapi bila ambil lebih lagi daripada 150mg caffeine sehari, risiko keguguran akan meningkat dengan lebih ketara. Bukan semua jenis kopi mengandungi kandungan caffeine yang sama. Sila lihat laman ini untuk mendapatkan perbandingan. https://www.caffeineinformer.com/the-caffeine-database Caffeine tidak menyebabkan kelahiran pramatang atau masalah pembesaran janin. Saya harap maklumat ini dapat membantu ibu yang bimbang. Sikit-sikit tak apa. Kalau satu dua cawan nescafe sehari takpa sebab kandungan caffeine tak tinggi macam yang coffee brew kat Kedai Cafe macam Starbucks tu. Jangan lupa, teh, cola, chocolate juga mengandungi caffeine, bukan hanya di dalam kopi. Apa-apa pun jangan berlebihan. Prof Dr Imelda Balchin, Pakar O&G Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Đọc thêm

Selalu check upt positive bila dh 4 minggu tu pun masih ada yg samar2.. Mcm mana sis boleh tau pregnant sdgkan br seminggu??? 🤔🤔

Influencer của TAP

macam mana tahu seminggu mengandung? rata2 org detect mengandung bila masuk 4 minggu

1y trước

nak tau jugak😅😅

Elok nak minum kopi lepas kandungan 12 minggu ke atas. .

dah cek upt