mainan untuk 1 month baby

Boleh suggestkn tak barang mainan utk baby 1 bulan

66 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

1) Hari pertama lahir hingga 3 bulan Tempoh 3 bulan adalah tempoh segala organ deria anak masih belum matang. Dia hanya boleh melihat sejauh 8 INCI SAHAJA dari pandangan mata dia. Waktu ini, baby lebih banyak belajar tentang rangsangan daripada tindakan refleks atau spontan daripada diri dia sendiri. Contohnya macam genggam jari kita, hisap susu, menendang dan gerakkan tangan dia (menggapai-gapai). Dia banyak explore sekeliling hanya gunakan mata dan telinga sahaja. Sebab tu suara pertama yang dia kenal adalah suara ibunya. Dan untuk usia 3 bulan pertama ni, cara baby bermain lebih melibatkan pemerhatian mata dan explore tubuh badan sendiri terutamanya bahagian tangan. Cara bermain yang melibatkan deria dan anggota badan ini dinamakan sebagai EXPLORATORY ATAU PRACTICE PLAY. Pada usia baby 3 bulan, dia dah start pandai meniarap dan terlentang, pandai senyum pada ibu dia, pandai capai dan genggam objek yang ada depan mata dia, palingkan kepala pada sumber bunyi atau cari mana datangnya bunyi tu. So, daripada perkembangan baby pada 3 bulan yang pertama, ada ciri mainan yang kita perlu cari sebab dengan 4 ciri ni lah baby tunjukkan cara dia bermain dan explore. 1) baby melihat mainan : ciri mainan mesti melalui warna yang terang (vibrant and bright color). Make sure bukan warna pastel. Dan seelok-eloknya mainan tu bergerak perlahan (untuk rangsang pergerakan mata baby). 2) baby merasa, menggenggam dan manipulasi mainan (sentuhan tangan) : ciri mainan mesti mudah dipegang, lembut dan bertekstur (macam ada biji-biji pada permukaan mainan). 3) baby mendengar mainan : ciri mainan mesti ada unsur bunyi seperti musik lembut atau loceng. 4) baby masukkan mainan dalam mulut : mainan mestilah lebih besar daripada mulut baby (supaya tak tertelan), bebas daripada toksik dan boleh dibasuh. So daripada 4 ciri yang zaty sebut ni, antara contoh mainan yang sesuai sangat kita belikan untuk baby ialah (boleh rujuk google image untuk tengok bentuk mainan) : 1) rattles 2) activity gym 3) cloth and plush toys 4) teething toys 5) multi textured infant toys 6) multi sensory infant toys 7) hanging toys

Đọc thêm
Post reply image
2y trước

trima kasih infonya

Ank sy 1 bln lbih ..tidur kuat..tp bile bgn sy slalu bermain bckp ngn dia. Dia respon..tp tu la sgt mengeliat...mengeram..keluarkn bunyi...kdd tgh tido bunyi2 dia..bby sy xpnh mniarap lg..kne tiarapkn ke atau biakn dia tiarap sndiri?

7mo trước

Baby Sy pulak adek kentut jeeeeeee

Mainan dia cuma mommy dia je Sbb 1 bulan ni dia pndai senyum je dan mendengar bunyi slow2 Rajin2 pegang dia senyum dpn dia Selalu umur 3bulan lebih bru ada toys

Đọc thêm
1y trước

Haah yes betul

Boleh search dalam shopee flash card, untuk perkembangan motorsensory visual stimulation baby, sy pun beli sebab tengok dr sheikh Muszaphar ajar anak dia pakai flash card. Boleh jugak tengok utube “activity for baby 0-3”.

Thành viên VIP

Flashcard black and white.. Utk develope concentration.. Dalam gambar ni masa umur 4 bulan.. Within 10 minutes baby dah tired..tertidur dah.

Post reply image
9mo trước

comel

Thành viên VIP

1bulan..alhmdulillah..bby sy dh mulA bljr pegang botol susu sndirj😊

3y trước

Sama sy.. Tp sy slalu bg susu time dia tgh bedung

Salam nk tnya la normal ke baby 1bulan 2hari xberak...baby susu bdn.. Kdng bgy susu formula tpy baby minun sikit je.

8mo trước

kalau susu fm normal xsis?

rattle atau anything yg berbunyi.. objek yg tergantung (encourage baby untuk mencapai dan stimulate deria penglihatan) flash card for new born yang ade warna hitam dan putih (sebab fasa ni baby baru namoak warna hitam n putih) tummy time banyakkan masa berinteraksi dan bermain dengan anak..

Đọc thêm

Anak saya pun baru masuk sebulan.. Sy belikan play gym yg bby boleh tendang2 kluar music tu.. Pengaruh kedai tiktok la katanya sesuai utk 0-3 month. Tapi tu laa bila dok tengok anak byk tido, bila celik pulak banyak ragam tak tahu la boleh pakai ke tak play gym tu.. Setakat ni belum pakai lagi mainan tu..

Đọc thêm

playmat, sensory play, rattle. bagus untuk pendengaran dan penglihatan baby. boleh belikan soft toys yg ad bunyi skli (white noise/lullaby song) ank sy suka sgt smpai tertidur. tp yg paling bagus is kite kerap bersembang dgn ank spye ank mudah bersosial dan elakkan speech delay jugak