Susu untuk ibu mengandung yang ada gdm on diet

Boleh suggest susu untuk ibu mengandung yg ada GDM on diet? saya amik supplement obimin. Kene minum susu lagi tak?

20 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Doktor bagi minum susu tak? Macam saya dulu gynae tak galakkan minum susu so gynae bagi calcium pill. Tapi gynae pesan kalau nak minum jugak boleh. Cari plain flavor then monitor BSP. Hari tak minum susu, baru makan calcium pill. Saya GDM on diet minum Anmum Materna (Plain) dengan any full cream milk (Plain) 2x sehari je. BSP terkawal sampai bersalin. Tak pernah spike bila minum susu. Awak try and error la susu yang sesuai untuk awak. Boleh baca ingredients label setiap produk.

Đọc thêm
2mo trước

I see. Kalau macam tu kena try and error la awak. Saya minum okay. BTW gynae saya tak galakkan minum low fat milk sebab kandungan gula lagi tinggi daripada full cream milk. Terpulang pada awak. Kena cari la mana yang tak buat sugar spike untuk awak.

tak minum susu pun tak apa sebenarnya. tapi kalau nak minum juga better minum susu kotak fullcream saja. brand terpulang nak brand apa yg penting tgk kandungan gula. setakat ni saya minum susu fullcream farm fresh dan HL je. segala susu tepung khas utk preggy mom saya tak sesuai sebab spike gula. sis kena try cari susu yg mana ngam dengan sis. lain orang, lain tolerance. kalau risau sangat gula naik tapi nak juga ambil calcium, sis beli je calcium pil

Đọc thêm

sya minum enfamama perisa vanila . sya pom gdm on diet memula risau jgk nk try susu ibu mengandung . tpi doc ckp kena ambik jgk susu sbb kalsium . bile sya tk minum susu doc on sya pil kalsium tp sya tk bole nk mkn pil kalsium tu sbb sya alegik dgn pil tu . so terpksa lah minum susu . spnjang trims 2 dgn trims 3 ni sya minum susu enfamama alhmdulilah bsp tiap2x bulan elok je .

Đọc thêm

Kalau ada gdm elakkan Full cream susu.. Better ambik yg fresh milk.. Nnti ada kelas pemakanan, dia akan gtau apa yg boleh n tak boleh mkn.. Sy minum susu ibu mengandung tpi yg Xde gula.. Mahal sikit tpi OK la bukn minum byk pun sekali sehari je..

Post reply image

sy pun gdm dc. sy minum je susu kambing hi goat. doc cakap boleh je nk mkn or minum apa2 tapi kne monitor bsp jugak so, kne try n error. Alhamdulillah sy dah selamat bersalin sebulan yg lepas. semua ok je.

Yg penting elakkan susu khas utk ibu mengandung..sbb susu ibu mengandung tinggi gula.ni yg pakar sains pemakanan bgtau saya..blh try susu full cream.yg kotak pn boleh.

Sy ada kencing man is masa pregnant. Doktor kata kalau nk minum susu hanya ambil skim milk sahaja. Lebih selamat. Sbb kebanyakn susu mmg tinggi kandungan gula

kalau ada gdm/dm semasa mengandung & nak minum susu. lebih baik minum susu low fat. kalau susu yg kena bancuh sebenarnya dah dipenuhi dgn gula. 😊

2mo trước

bukan setakat nurse. doktor pakar dietition atau pakar pemakanan pun beri cadangan minum susu low fat.

cari yg fresh milk/full cream. tak lah kena, kalau nak minum susu for calcium, ambil supplement je pun boleh. cari yg ada Vit D & magnesium sekali.

masa preg sy gdm on ubat..doc suggest susu low fat x pun HL..awak lapar awak kudap² je biskut kosong tu dgn susu..takpun makan buah tp jgn bnyk..