9 Các câu trả lời
Saya tak berpantang langsung. Time tu 12 weeks. Cuma sehari je sy pakai pakaian mcm org brpantang . sy asal dr indonesia, tmpat sy sana sejuk gila. Kalau musim dingin je hari* hujan ais. Dptla suami org mlaka. Tk kene lgsung la nak pakai pakaian panjang kt rumah siap pkai stokin ah memang panas gila melaka ni. Mil suruh pulak paki bnde mcm tu memang tk nak la. lps tu bila ada mil je tk brani minum ais. Hahaha. Biarla org kta sy degil atau apapun sbb sy mmg smpat meroyan la time tu. Hari* menangis ingat baby, insecure dg kawan yg tgh mengandung/ ada anak. Tk nak makan mandi. Lps tu dg suami yg keje balik malaam je. Tkde spe nak teman. So stress la sy , then sy tanam dlm mindset yg sy kene move on. Whatever happen sy kene teruskan hidup juga. So sy buat la rutin sy mcm biasa. Sy makan apa je sy nk makan, sy pi tgok wayang sy pi shopping. Sbb sy nak hilangkn luka dlm hati sy. Sy tknak terus menerus sedih asik duk rumah, makan ni itu tk boleh ehhh lagi la sy stress kalo mcm tu. Mil ad belikan ubat untuk berpantang. Tp sy makan habis separuh je. Sbbkan mindset sy yg kuat, alhamdulillah sy cepat pulih. Lps cuci dpt sekali period je ,alhamdulillah now dah 9 weeks. Sorry panjang story pengalaman ni. Plajaran nya ialah. Nak brpantang/tak bila mindset tu still tk ubah & asik bersedih/ merungut dv nasib so nothing happen la. Berpantang lagi bagus. Tp jgn lupa ubah mindset. Jgn biarkan larut dlm kesedihan. Ok. ❤ insyaallah ada rezeki lagi
Sye mse 5w pernah gugur kandungan first. Cara sye pantang dri segi : 1. Pemakanan (jgn mkn pedas2, berminyak) 2. Pantang dgn suami (dekat 2bulan juga) 3. Dlm masa pantang sye kerap pakai stoking. 4. Berurut & bertungku utk sehari. (Nak kendurkan urat tegang and buang angin dlm badan) sye pantang 2mnggu je. Sye gugur sndiri means turun darah. Takde buat cuci ke ape. Klau kandungan da besar sye xpasti mcm mne cara.
Saya dnc 18.10.19 waktu kandungan 10weeks, then balik kampung berpantang sama mcm orang lepas bersalin selama 2minggu. Pantang makan yang sejuk2, tapi semua mknan yang sihat kene makan sebab badan perlukan nutrisi, banyakkan makan sayur hijau n ikan, banyakkan minum air masak, berurut 3 hari, mandi herba, pakai param untuk hilangkan sakit kepala, n asid folic jangan lupa makan..
Pengalaman pantang sy (3 kali keguguran) sy pantang 2w je . Sbb mungkin belum 12w. So elakkan ais, elakkan makanan berangin..selalu bertangas,bertungku..kalau boleh panggil bidan untuk sengkak.💕😇 amalkan pemakanan sihat slama pantang . In shaa allah ada rezeki lepas ni.
hi sy pun baru lps gugur 6hari lps. skrg sy berpantang mcm org bersalin. mandi air suam n air herba, pakai stokin & minyak panas, jaga mkn. no ice, no mkn sejuk2. pkai lengan pnjg. sy pantang sendiri je masih memasak dan kluar rumah cuma sy kurgkn buat kerja berat
Sy pantang macam orang bersalin paling kurang 2-3 minggu camtu.. tapi xda bertungku & berurut.. minum manjakani ja 2-3 kali seminggu.. keguguran 9w3d & 11weeks. X sempat nak berurut dah hamil kali ketiga.. sekarang 37w Alhamdulillah..
Dalam 3 bulan jugak.. tangguh punya tangguh nak jumpa bidan berurut, sebab jauh kan.. dah mengandung lagi 😅
Sy pun bru jer keguguran 2minggu yg lalu..berpantang pun xtau cm mana..yg penting jga pemakanan dan jan angkat berat2..
Sy berpantang macam orang bersalin jugak. Jaga makan, urut, bertungku.
Sy hri tu berpantang mcm biasa. Tetap urut semua..
Anonymous