Pancut Dalam

Boleh ke seks dan pancut dalam usia kandungan 15minggu 3hari. Maaf bertanye sbb google2 ckap bahaye. Tdi suami terlepas dalam.

19 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

HUBUNGAN INTIM KETIKA HAMIL Topik hubungan kelamin semasa hamil jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita masih terikat dengan sifat malu sehingga melabelkan isu ini sebagai cerita 18SX atau rahsia ‘dalam kelambu’. Malah, ramai wanita hamil yang segan untuk bertanya doktor secara berterus terang walaupun mereka mempunyai kemusykilan mengenai perkara ini. Bagi Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pusrawi Kuala Lumpur Dr Daud Yahya, sifat malu sebegini seharusnya dibuang jauh kerana pengetahuan pelbagai perkara mengenai kehamilan termasuk soal hubungan di tempat tidur perlu dititikberatkan. “Masyarakat perlu lebih terbuka kerana membicarakan hubungan seks bukan perkara yang jelik atau lucah, apatah lagi jika ia berkaitan kesihatan. “Dalam konteks hubungan kelamin semasa hamil, ia tidak boleh diambil ringan oleh pasangan suami isteri terutama bagi ibu yang pernah mengalami masalah sepanjang kehamilan,” ujarnya. Menurut Dr Daud, walaupun kajian saintifik membuktikan hubungan seksual tidak membawa sebarang kemudaratan sama ada kepada ibu atau janin, dalam keadaan tertentu ia berkemungkinan boleh menimbulkan implikasi buruk. “Ada bertanya, adakah hubungan kelamin boleh menyebabkan kecederaan atau jangkitan kuman kepada bayi yang dikandung? “Jawapannya tidak, jika ibu dan bayi berada dalam keadaan normal. Ini kerana janin dalam rahim dilindungi oleh mukus tebal yang menutupi serviks. “Kantung amnion dan otot uterus yang kuat turut melindungi bayi. Malah, semasa hubungan berlangsung, alat kelamin lelaki tidak akan menjangkau lebih dari vagina. “Oleh itu, jika ibu dan janin dalam keadaan sihat, aktiviti seks boleh dinikmati seperti biasa sepanjang kehamilan. Tidak ada istilah ‘berpantang’ sama ada pada awal mahupun akhir kehamilan,” katanya. Bagaimanapun, Dr Daud berkata, lazimnya, pada peringkat awal isteri akan berasa tidak selesa atau hilang selera seksual jika mereka mengalami alahan teruk terutama bagi ibu yang pertama kali hamil. Begitu juga pada hujung kehamilan, keadaan perut yang memboyot mungkin tidak memberi keselesaan semasa hubungan dilakukan meskipun pelbagai posisi dicuba. “Ada juga yang bertanya, adakah hubungan seksual pada awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran? Jawapan saya, tidak jika kehamilannya normal. “Walaupun air mani yang mengandungi prostaglandin boleh menyebabkan kekejangan dan rahim mengecut semasa klimaks, namun ia tidak akan menyebabkan keguguran,” jelas Dr Daud. Namun, beliau menegaskan, aktiviti hubungan kelamin perlu diberi perhatian jika ibu mengalami beberapa gejala sepanjang kehamilan. “Jika ibu mempunyai sejarah keguguran atau kelahiran pramatang, dia perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah lebih mudah. “Lazimnya, keadaan ini berlaku kerana ibu memiliki rahim yang lemah. Oleh itu sebarang aktiviti seksual yang memerlukan pergerakan lasak boleh mengundang padah. “Apatah lagi ketika wanita mencapai kemuncak ghairah, terjadi kekejangan pada otot termasuk rahim. Jadi, jika rahimnya tidak kuat, ia boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang. “Jadi, seelok-eloknya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti seksual,” kata Dr Daud. Beliau turut menasihati pasangan supaya segera menghentikan hubungan seksual dan mendapatkan nasihat doktor jika berlaku pendarahan semasa aktiviti berkenaan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan keguguran. Di samping itu, hubungan kelamin turut mendatangkan risiko berlakunya pendarahan jika uri berada pada kedudukan di bawah sehingga menutup sebahagian atau seluruh laluan kelahiran. Selain itu, menurut Dr Daud, hubungan intim juga dilarang apabila ibu mengalami pecah ketuban kerana boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman kepada janin. “Bagi ibu yang pertama kali hamil, saya sarankan agar sentiasa mendapat pandangan doktor termasuk soal hubungan kelamin sepanjang kehamilan bagi mengelak sebarang kemudaratan ,” ujar Dr Daud.

Đọc thêm

Saya pernah bleeding masa 28weeks sebab bersama dengan suami dan ada bukaan 1cm.. pergi hospital doc tanya ada buat keje berat ke, saya cakap tak ada.. cumanya saya ada bersama dengan suami 2 hari sebelum berlakunya bleeding. Doc bgtau sebenarnya kalau bersama dan suami dan pancut dalam merangsang bukaan jalan. Sebab kalau orang yg kena induce(paksa bersalin) pakai hormon progesterone. Bermaksud air mani suami mengandungi hormon yang sama dengan hormon yg paksa bersalin tu. Selepas ada bukaan 1cm tu sampai sekarang dah 34weeks suami tak berani nak pancut dalam lagi. Better berjaga-jaga sis. 😊

Đọc thêm
5y trước

Tgok org jgk kot mcm sy dh 39w bersama suami tpi xde tanda² pun 😅😅

Hello :) I was told that it is best to do so when you are near labor.. because sperm contains prostaglandins, or fatty acids that act like hormones, which are also produced by your uterus to thin and dilate the cervix and it will help to jump-start contractions in preparation for delivery. Basically a natural way to induce labor .. hope this helps .. best of luck to you and take good care ☺️

Đọc thêm

Boleh je. Cuma for me, time pregnant big no. Bukan sebab bahaya, tapi sy tak selesa. Time pregnant sy banyak keputihan, bila suami pancut dalam keputihan sy jadi lagi teruk. So, nak elakkan ketidakselesaan tu pancut luar je.

Thành viên VIP

Nanti marah suami tau...hhhhah....maaf gurau je...blh je sis..xde masalah pon..sy lps kawen xpernah suami pancut lua...xkira la pregnant ke xpregnant ke...6w ke...16w ke....26w ke...36w ke..😊✌

5y trước

Sy ade pesan gak suami suh pncut luo.. Tp keadaan tu bukn nye sedar.. Kn tga sedap.. 😂 So far ok cume sebb ade keputihan jd xselesa.. Pesan lg..

Boleh je sis oii.... Tak ada masalah... Saya dari kandungan 10 minggu sampai la sekarang 24 minggu still bwrsama suami

5y trước

Xde maknanya ada bukaan 😅 sy 37w ni pun still tanda bersalin lom ada

Kalau ad mslah keputihan , sebaiknya lpaskn d luar sbb nnt shrian kita jgk yg x slesa lagi2 bila nk beribadat ...

Boleh je sis...suami sye sjak tahu sye preegy xdenya nk buang kt lua...

Thành viên VIP

boleh. lepas seks tu g kencing terus nnti air pancutan tu keluar.

Boleh je, baby dekat dalam rahim. Takde effect apa apa pun.