Makan nenas

Boleh ke ibu yang menyusu anak makan nenas ? Anak saye baru 3 bulan dan full breastfeeding. Dari pregnant tahan diri dari nak mkn nenas.

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Fakta atau Mitos: Betul ke bila mengandung tak boleh makan buah nenas, nanti gugur? Jawapannya ialah MITOS. Ibu hamil yang nak buang anak dan cuba menggugurkan kandungannya dengan memakan buah nenas pun tak berjaya. Mereka akhirnya datang juga ke klinik dan beritahu saya apa yang mereka sudah buat. Ada yang menangis sebab sudah berubah fikiran dan tak jadi nak gugurkan kandungannya tetapi bimbang sebab dah makan buah nenas. Saya beri nasihat tak payah bimbang sebab memang pun nenas bukan penyebab keguguran. Memang pun boleh makan buah nenas semasa mengandung. Nenas tidak memudaratkan kesihatan anak di dalam kandungan. Ada ramai ibu hamil yang keguguran dan datang menangis kepada saya untuk bertanya kenapa mereka gugur, sedangkan mereka sangat jaga diri semasa mengandung dan tak makan buah nenas, tetapi gugur juga. Saya jawab memang pun nenas bukan penyebab keguguran. Memang pun boleh makan buah nenas semasa mengandung. Nenas tidak memudaratkan kesihatan anak di dalam kandungan. Punca keguguran bukanlah makan buah nenas. Ibu hamil yang tak mahu kena induce bila sudah overdue pun kata kepada saya mereka cuba memakan nenas tetapi tak berjaya. Mereka akhirnya datang juga ke hospital sebab dah overdue. Saya cakap memanglah nenas tak pernah berjaya digunakan untuk induce labour. Nak makan buah nenas, makan je, tak ada masalah pun. Doktor tak menggunakan buah nenas untuk induce labour. Ada juga orang yang makan nenas sebab haid tak datang, dengan harapan boleh melancarkan haid. Tak berjaya juga. Saya cakap memanglah doktor tak pernah menggunakan buah nenas sebagai remedi atau ubat untuk masalah kitaran haid. Ada ibu yang baru bersalin takut nak makan buah nenas sebab ada orang menakutkan mereka kata nanti tumpah darah yang banyak. Mai nak habaq. Semua ibu-ibu yang ada pertumpahan darah yang banyak selepas bersalin tu tak sempat pun nak makan buah nenas. Pertumpahan darah yang banyak berlaku sebab rahim tidak mengecut, bukan sebab makan nenas. Pertumpahan darah yang banyak boleh berlaku sebab masih ada lagi tisu uri placenta di dalam rahim yang tak habis keluar, maka rahim tak boleh mengecut dengan baik, bukan sebab makan nenas. Pertumpahan darah yang banyak boleh berlaku sebab ada jangkitan bakteria di dalam rahim, bukan sebab makan nenas. Nak makan buah nenas selepas bersalin pun boleh, tiada masalah. Ada orang kata tak boleh makan nenas sebab tajam. Jika awak yang ada masalah gastrik GERD dan tak boleh makan nenas, awak je lah pantang nenas tetapi tak payah lah suruh orang lain pantang buah nenas. Nenas tu masuk ke dalam perut untuk dihadamkan dan molekul kecil hasil dari penghadaman itu diserap ke dalam darah dan bahan yang tidak diserap itu dibuang sebagai najis. Nenas tak masuk ke dalam rahim. Nenas itu salah satu buah-buahan berkhasiat kurniaan Tuhan kepada kita. Ada macam-macam Vitamin dan serat yang sihat di dalam buah nenas. Kita orang Malaysia sangat bertuah boleh tanam pokok nenas di negara kita. Orang putih di benua Eropah sejuk tak boleh tanam pokok nenas dan mereka jarang makan buah nenas sebab tak senang nak dapat buat nenas. Kadar keguguran di negara yang tak boleh tanam nenas ini sama saja dengan kadar keguguran di negara-negara yang ada buah nenas. Nenas tak bersalah. Jangan buat fitnah kepada buah nenas. Nak makan buah nenas semasa mengandung, boleh je. Tiada larangan langsung dari saya. Saya ialah doktor pakar Maternal dan Fetal Medicine. Tugas dan tanggungjawab saya ialah menjaga kehamilan berisiko tinggi. Setiap hari tugas dan tanggungjawab saya ialah berusaha mencegah keguguran dan kelahiran pramatang. Saya tak pernah melarang ibu mengandung makan buah nenas. Saya tak pernah melarang ibu yang baru bersalin makan buah nenas. Makanan semulajadi berkhasiat ni tak payah pantang. Yang patut dipantang ialah makanan berproses yang tinggi tambahan gula tanpa apa-apa khasiat seperti tart nenas, kek, biskut, coklat, donat, kueh, roti Manis, susu pekat Manis, sambal Manis, air Manis buatan manusia, bukan buah kurniaan Tuhan. Yang mesti dilarang ialah merokok dan vape. Benda yang memang tak elok tu, saya bukan hanya nasihatkan semua suami-suami pantang rokok dan vape semasa isteri mengandung atau 44 hari selepas bersalin. Benda yang tak elok ni saya nasihatkan suami-suami berpantang untuk selama-lamanya. Sekian, terimakasih

Đọc thêm

Saya mkn nenas masa awal pregnant tau tau ja dah gugur .... walaupun dah masak sbb mkn pizza yg ada nenas tu lepastu saya amik ratah nenas saja yg dkt pizza yg lain .. esok tu terus rasa sakit perut pastu jadi tumpah darah rasa ada benda nk keluar last last hmm .. utk ibu pregnant kalau rasa tak yakin nk mkn tak pyh lah mkn .. elakkan selagi boleh elak jgn nanti menyesal mcm saya

Đọc thêm
10mo trước

Betul sis sye pun mse first pregnancy mkn nenas then mlm tu turun drah terus gugur. Sbb tu dh bersalin ni pun trauma nk mkn nenas

boleh sis. masa pregnant pun boleh makan 😉 yang boleh ancam kehamilan tu kalau kita makan nenas banyaaak sangat lebih dari 2 - 3 biji tu kita dorang makan, sekali dengan tongkol2 nenas tu kita makan, ha yg tu mungkin bahaya. kalau makan macam orang normal makan, tak ada masalah pun 💜

rasanya xde masalah pn mkn nanas...sy masa mengandung mmg asyik cari nanas tpi yg betul2 da msk lh...dri awl mengandung sampilh lahir ank sy,nanas yg msk hehe.. last2 ank da lahir da x msk mkn Nanas🤣🤣🤣

10mo trước

Sye mse pregnant tk boleh mkn nenas. Mse first pregnancy mkn nenas, mlm tu rse sakit smpai turun darah last2 gugur. Time tu sye dh 11 week.

kenapa tak boleh mkn nenas? nenas kan mengandungi vitamin. masa hamil pon boleh je nak mkn nenas awak. boleh baca penerangan tentang nenas dkt fb doctor imelda balchin. doctor ada share

10mo trước

cuma kita jangan mkn secara berlebihan. makan berpada😊

Thành viên VIP

Pregnant pun saya makan nanas, tapi saya tak makan nanas muda laa. Sedapppp

makan aje awak.. tp jgn la mkn sebiji besar tu sakit oo lidah 🤣

Thành viên VIP

Boleh jeeee tak ganggu penghasilan susu pun..

sy lebih suka makan nenas madu. 😍

Boleh tkde problem