Klinik area kl

Boleh ibu2 suggest klinik area kl yg boleh injection ubat kuat rahim ? Sy dah 10minggu dah lebih sebulan spotting & 2x makan duphaston tp masih lagik spotting. Kalau buat kerja lebih sikit contoh memasak je pn nanti selepastu akan keluar spotting lebih dr biase. Sy mmg bedrest bile bedrest spotting kurang cuma spotting xberenti.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

kalau dah lebih sebulan spotting pergi rujuk doktor pakar terus la. mcm saya jumpa doktor pakar kat kpj, dia mmg prescribe saya makan duphaston berterusan dari 6-12w dan ambil injection setiap minggu tu jugak. dan nak share sikit info apa yg doktor saya bgtahu, injection ni bukan ubat kuat rahim, tapi tu ubat hormon untuk membantu kehamilan. kalau keguguran pun bukan sebab rahim tak kuat, tapi hormon yg tak cukup. sebab tu adanya duphaston dan injection ni yg berasaskan hormon untuk menyokong kehamilan yg sihat. masalah berkaitan rahim pun hanya pintu rahim yg pendek dan tak boleh menampung baby bila dah besar.

Đọc thêm
10mo trước

awal spotting pn memang sy dah pergi pakar sakit puan dekat pantai bangsar dah followup 3x. duphaston pn dapat dari pantai. cuma sy nak cari solution lain. sbbnya. ni pregnant yg ke 3 yg mana jarak dgn ank sblm ni 6tahun. 2x pregnant pn jadi mcmni tp dulu sy duduk johor bile spotting pergi klinik swasta dekat johor terus ambik injection. 2x kandungan lepas injection 2hari lepastu spotting stop. so tu sy tnya klinik mana area kl yg ade injection.