🌹 Bila Allah kurniakan anak yg ramai kadangkala kita rasa serabut, namun renungkan org yg masih belum dikurniakan anak walaupun telah berkahwin bertahun-tahun. Serabut kita lebih bahagia dari sunyi tangisan anak2 yg diharapkan.
🌹 Bila rasa suami yg dimiliki tidak sempurna, sepertimana suami orang lain, maka renungkanlah insan2 yg Allah pilih masih tidak punyai suami. Org bujang , single mother and single parent.
🌹 Bila kita ada kereta namun tak semewah org lain, renungkanlah org yg hanya ada motorsikal. Sayu tgk bawak ank kecik dgn motorsikal harungi panas dan hujan.
Kita ada 1000 alasan utk mengeluh, dan terus mengeluh kerana kita punya beribu impian yang tidak dipenuhi.
Namun andai kita ingin merasai kebahagiaan, kita mesti merenung org yg kurang dari kita, daripada kita mendongak tinggi melihat org yg punyai lebih dari apa yg kita ada.
Kita harus cuba dan terus mencuba menjadi yang terbaik agar kita tahu erti syukur adalah kunci bahagia.
#syukuralhamdulillah
#tapSupermoms