2 Các câu trả lời

Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, keperluan ujian bagi pemeriksaan paras gula dalam darah atau dipanggil MGTT atau OGTT yang juga lebih dikenali dengan minum air gula dalam kalangan ibu mengandung adalah bergantung kepada risiko ibu hamil itu untuk mendapat kencing manis ketika hamil. Risiko ini dinilai bedasarkan beberapa kriteria seperti umur ketika hamil, sejarah kencing manis dalam keluarga dan lain-lain. Jika risiko rendah, ibu hamil biasanya hanya perlu menjalani ujian ini sekali sahaja sepanjang kehamilan dan biasanya dilakukan pada 28 minggu usia kandungan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

nurse KK plne sye kne mnum air gula mase 33w nnti... xde masalh ke...

Klu xde mslh mmg awal2 xde minum air gula. Kalau 25thn ke bwh n xde mslh, lagi laa xyah minum air gula pn. Sy dh 25w tp blm minum air gula lg. Next check up pn nurse kata xyh minum. Tggu 8bln katanya.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan