Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, keperluan ujian bagi pemeriksaan paras gula dalam darah atau dipanggil MGTT atau OGTT yang juga lebih dikenali dengan minum air gula dalam kalangan ibu mengandung adalah bergantung kepada risiko ibu hamil itu untuk mendapat kencing manis ketika hamil. Risiko ini dinilai bedasarkan beberapa kriteria seperti umur ketika hamil, sejarah kencing manis dalam keluarga dan lain-lain. Jika risiko rendah, ibu hamil biasanya hanya perlu menjalani ujian ini sekali sahaja sepanjang kehamilan dan biasanya dilakukan pada 28 minggu usia kandungan.
Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Đọc thêm
Dreaming of becoming a parent