DOPPLER

Berita terbaru di Reading, England. http://www.bbc.com/news/uk-england-berkshire-40580726 Seorang ibu melahirkan bayi yang sudah meninggal dunia kerana kurang peka dan kurang prihatin yang pergerakan janinnya sudah mula berkurangan dan tidak cergas seperti biasa. Ibu ini terpedaya apabila mendengar denyutan jantung oleh alat Doppler yang dibeli untuk kegunaan di rumah. Disebabkan ini lah ibu ini meyakinkan diri sendiri bahawa janinnya sihat. Sebaliknya, ibu ini patutlah berkunjung ke hospital bersalin terdekat bila perasan terdapat perubahan kepada ciri-ciri pergerakan janinnya. Kami para doktor tidak pernah menyarankan ibu-ibu yang hamil membeli alat ini untuk digunakan di rumah. Kami hanya menggalakkan ibu-ibu menumpukan perhatian kepada pergerakan dan kecergasan janin, seperti nasihat yang saya sudah sampaikan di link ini https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10154472312861659 Pertama sekali: Doktor dan bidan sudah pun dilatih menggunakan alat Doppler ini untuk mendengar denyutan jantung janin, dan tahu mendengar perbezaan di antara denyutan jantung janin dan ibu. Apabila janin meninggal dunia ataupun kadar denyutan jantungnya menjadi terlalu rendah, alat Doppler ini akan mengesan denyutan nadi ibu. Doktor dan bidan tahu mendengar perbezaan bunyi jantung janin dan bunyi nadi ibu. Kedua: Janin yang tidak sihat sememangnya masih mempunyai denyutan jantung, tetapi hanya doktor dan bidan mempunyai pengetahuan apakah kadar denyutan jantung yang sihat dan apakah yang tidak sihat. Ketiga: Jika ibu yang hamil mengadu bahawa janinnya kurang bergerak, doktor dan bidan tidak akan menggunakan alat Doppler ini untuk mengesahkan sama ada janin itu sihat atau tidak. Kami akan memantau janin dengan alat CTG dan kemudianya memantau kadar pembesarannya dengan ultrasound scan. Saya harap ibu-ibu semua tidak terperdaya oleh mereka yang menjual peralatan ini. Jika nak membeli alat ini juga, satu peringatan yang penting ialah ibu-ibu tidak lali dan akan terus memberi perhatian kepada pergerakan janin. Sila datang ke hospital bersalin jika janin menjadi kurang cergas pergerakannya selepas 28 minggu kehamilan, walaupun anda mendengar denyutan jantungnya dengan alat Doppler di rumah. Prof Dr Imelda, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

1 Các câu trả lời

VIP Member

👍🏻👍🏻👍🏻

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan