TANDA-TANDA BERSALIN

? Bayi turun ke bawah Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa: ? sakit di bahagian kelangkang kerana bayi  menekan. ? kerap membuang air kecil semasa ini kerana  bayi menekan pundi kencing ? sakit perut, memulas ? kerap buang air besar ? kerap terkentut ? Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur  lendir ? Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan  pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. ? Lendir bercampur darah pula keluar apabila  pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku  beberapa jam atau beberapa hari sebelum  bersalin. Segera ke hospital. ? Sakit belakang ? Bayi beralih dan menekan tulang belakang  anda. ? Untuk mengurangkan sakit belakang anda,  posisikan diri anda seperti merangkak (tapi  jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau  tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5  dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. ? Anda juga boleh mengurangkannya dengan  banyakkan berjalan. Ia juga akan  mempercepatkan kelahiran anda. ? Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami  anda urut belakang anda dengan kuat semasa  anda berbaring mengiring. ~~bestnya kalau ada husband time mcm ni.. ?? ? Pecah air ketuban ? Air ini biasanya keluar dengan banyak dari  vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke  hospital. ? Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis ? Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina.  Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau  servik dikesan dengan skala 1 hingga 10. ? Kontraksi yang tetap dan berterusan ? Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. ? Bila Perlu ke Hospital Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: ? kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. ? ? keluar air ketuban. ? pergerakan bayi menjadi kurang kerap. ? keluar darah dari vagina. ? apa saja masalah yang dialami. Semoga dipermudahkan urusan. 

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Td for sharing.. ☺️