bayi 3 bulan menangis
Bayi saya baru 3 bulan. Dia menangis seperti histeria apabila berada dalam kereta. Duduk je dalam kereta dah nangis. Tak boleh control. Bila dalam rumah dia ok je.bila keluar pergi kedai ke klinik pun nangis.
sama lah dengan baby girl saya.. bawak pergi rumah parents pun menangis teruk. haritu bawa pergi kedai makan dia meraung sampai hilang suara. tengok orang lain bawa baby relax je 😔 tapi the only solution saya gendong dia dalam carrier dia akan senyap. tapi tu la, orang lain nak pegang pun tak boleh
sama macam anak saya.. masa lepas pantang, tak boleh naik kereta langsung.. mesti nangis teruk.. tapi bila dah besar sikit, okay je.. masa 5 bulan macam tu, dah ok dah..
Sblm naik kereta. Dh sesiap bgi susu x ? Bg baby knyg dlu ? Sbb klw anak sy. Klw x knygkan dlu nty meragam bila ddk kat car seat. Klw knyg. Dia akan tdo dlm car seat
Cuba fikir punca. Kalau x tahu juga punca bwk jumpa doktor utk brtny.