Scan bayi 9 minggu tapi doktor cakap tak nampak jantung

#bantujawab #Needadvice Salam dan hi semua mommies. Saya nak minta pendapat dari semua mummy berpengalaman. Sekarang baby saya 9 minggu 5 hari. Saya baru sahaja buka buku pink di kk dalam minggu ni. Kemudian, doktor menyatakan jantung bayi tidak nampak semasa scan dan saiz baby tidak seperti 9 minggu(nampak seperti 6 minggu). Saya juga telah membuat transvaginal scan di hospital seperti diarahkan doktor dan result masih sama iaitu tidak nampak jantung bayi. Doktor memberi tempoh 2 minggu lagi untuk scan semula. Soalan pertama saya, sekarang keluar sedikit pendarahan merah ke coklat adakah ia kesan dari scan transvaginal? Soalan ke 2 saya, adakah saya masih berpeluang ada harapan untuk bayi saya boleh survive sehingga nak tunggu 2 minggu? Soalan ke 3 saya, adakah sebab saya berpuasa penuh memberi kesan kepada tumbesaran bayi? *saya tiada alahan sepanjang mula mengandung. Terima kasih semua mummy 😊

8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

1. Sebelum ni saya dah beberapa kali tvs tp takde effect spotting. Tp boleh jadi kalau ada kesan luka sikit, cuma tvs tak menyebabkan keguguran 2. In Sha Allah doa yg baik2 bulan mulia ni bangun tahajud minta pada Allah selamatkan kandungan hingga melahirkan sihat. Tiada yg mustahil 3. Saya dah 2x puasa time early pregnancy start 4w & 9w. So far semua okay asbab Allah jaga. Make sure sahur & buka eat healthy. Lgpun early pregnancy ni lebih kpd risaukan kesihatan ibu esp yg ada alahan.

Đọc thêm

Kes awak sama mcm sy tahun lepas,dtg klinik nak buka buku,(2minggu sblum buka buku tiap hari kuar spotting sampi janin turun sendri)mase tu dah 9 minggu bila scan xde heartbeat..janin pun saiz 6 minggu cmtu,tak berkembang.terus refer hospital besar utk pengesahan,pastu dorang suruh tunggu janin tu turun sendiri,dalam 2 minggu kemudian tu janin turun sendiri,silent misscariage.

Đọc thêm

kalau awak da start spotting byk & ada rasa sakit senggugut yg kuat, baik pergi jmpe doctor. sy dlu mcm ni juga, 9week tp janin xde heartbeat & mula ada spotting. doctor mula2 bg ubat kuat rahim, tp dlm mse sminggu mkn ubat tu still skit kuat dgn darah smkin byk trun. tau2 gugur dgn sndri juga. wktu sy mngandug tu sy xde alahan & sy xpuasa juga waktu tu. cuma xde rezeki.

Đọc thêm

1. Scan tvs selalunya tak buat pendarahan. 2. InshaAllah, doa yg baik2, semoga yg terbaik Allah beri pd awak. Baki puasa ni niat puasa dan sahur mcm biasa utk dptkan pahala tp tak perlu teruskan puasa walaupun tiada alahan. Makan dan minum secukupnya. 3. Wallahualam. Jgn risau benda dah berlalu, tawakal dan serahkan ja pd Allah.

Đọc thêm

sy beberapa kali scan tvs belum pernah pendarahan tp pernah ada keputihan yg banyak slps scan, semua pd perancangan Allah, doa yg baik2 pasti Allah bg yg terbaik utk kita, masa puasa insyaallah tak effect apa2 pd kandungan, cuma ibu kena pastikan minum air yg cukup dr mlm sehingga sahur, mkn mknan berkhasiat..

Đọc thêm
Thành viên VIP

kes kita sama..tggu 2 mggu lg utk scan..kita doa sama2 ya..semoga ada rezeki kita..sy awal dulu pn posa penuh, skrg tak posa dh sy mkn je selagi blh walau ada loya2..

Mommies, saya dah keguguran masa minggu raya hari tu. Bukan rezeki saya. Saya doakan semua mummies dan baby sentiasa sihat. Terima kasih semua bagi pendapat 😊

Tggu 2 minggu.. doa yg baik2 .. smga ada rezeki awk