Baby tak berak beberapa hari
Baby tak berak dah 2 hari. Menyusu seperti biasa, banyak. Kencing juga seperti biasa. Kadang2 muntah tapi tu pun sikit je. Perutnya tak buncit dan lembut je. Saya fully breastfeed. Jadi kenapa ye baby tak berak? Mohon pencerahan

Salam sejahtera, untuk makluman puan, bayi yang menyusu badan sepenuhnya akan lebih kurang kerap membuang air besar. Hal ini adalah kerana bayi ini hanya minum susu badan ibu yang mudah dihadam dan dalam bentuk cecair. Maka, bahan buangan yang terhasil juga adalah kurang. Anda tidak perlu risau jika bayi anda tidak membuang air besar dengan kerap sekiranya hanya menyusu badan sahaja melainkan terdapat gejala-gejala seperti kerap menangis, perut tegang dan keras, demam, keluar darah dari dubur, kurang kencing dan sebagainya. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Đọc thêm