Try letakkan baby perlahan2 dulu, bila dia nangis atau terkejut, awak try peluk dia. Tanpa mengangkatkan dia semula. Maksudnya masa dia baring tu, try hug dia. Laga2kan pipi kita ke pipi dia bagi dia tenang sekejap. Dah berhenti nangis baru awk angkat semula dan buat apa yg awk nk buat tadi contoh nk tukarkan pmpers dia. Kalau dia masih menangis jugak, teruskan tukar pmpers laju2. Kena sabar dan jgn takut/panic bila baby menangis kuat. Lama2 nanti dia akan biasa dgn rutin yg kta buatkan utk dia. Masa nak tidurkan dia, bedungkan dan bagi dia tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Letakkan bantal penghadang dpn dan belakang dia. Try ikut masa baby dlm perut awk tidur mcm mana. Ikut kebiasaan semasa dlm perut. Kalau baby tidur mengiring sbelah kanan, jgn lupa tukar ke sebelah kiri pulak ek. Utk jaga kepala dia. Biar cantik elok membulat. Cara ni yg saya praktikkan dan alhamdulillah anak selesa tidur x kerap terjaga. Jaga masa nk susu je or nak tukar pempers. Selesai susu, dia tidur dan saya letak kat baby coat je. Saya boleh buat kerja lain sambil pantau2 jengok2 dia.
Đọc thêm