11 Các câu trả lời
Pada siapa2 yang mengalami sleep regression boleh try cara ni. Ada kakak2 kt bawah yg komen dan saya cuba apply pada anak saya, Alhamdulillah hari ke 13 berakhir sleep regression ni. 1 . Kenali berapa nap siang anak. Kalau baby 4 bulan biasa 3 nap. 2. Tak kira baby tidur pkul brp malam td kalau pukul 3 pagi pun, sila kejut pukul 9 pagi. Kemudian mandikan baby, susu kan baby kenyang2 pasti dia mengantuk lagi dan akan nap utk yg pertama. 3. Waktu max berjaga antara nap ialah 2.5 jam ke 3 jam. Tapi lama sgt ni baby saya 2 jam dah mula gosok2 mata. 4. waktu nap akan jadi lebih kurg macam ni Nap 1 ( 11 pagi - 1230 tghari) Nap 2 ( 230 petang - 330 prtang) Nap 3 ( 530 petang - 630 petang) 5. Selepas nap yang ketiga , jangan bagi baby tidur sampai waktu malam tiba, kalau baby dah ngantuk pkul 10 , terus tidurkan dia. InsyaAllah boleh 6. Selepas nap ke 3 boleh mandikan anak dan tukarkan pakaian tidur. Sapu losyen, urut2 sikit badan dia kemudian susu kan kenyang2 dan tunggu cue mengantuk anak. 7. Kalau malam tu dah start tido awal, esok boleh kejut lebih awal pkul 7pg supaya nnt waktu malam pkul 8 dia dah boleh tidur malam sampai pagi Saya dah cuba dan menjadi. Tapi time tu tak fix , sis yg tahu waktu anak sis macam mana. Adjust slow2 SELAMAT MENCUBA !
Sama la kita sis 🥲 masuk 4 bulan tiba² waktu malam tidur sejam² je. Mujur baby hanya bangun cari susu je. Kekadang tu minum sikit je dah tidur semula, cuma sy je la 'ting tong' sebab kena jaga setiap sejam. Apa yg sy baca, kalu baby sleep regression, kita as a mom jangan tukar jadual tidur dia. Malam kena tidur. So sy keep on night routine walaupun tidur sejam² je. huhu..bertabah la. Jadual tidur waktu siang masih sama 1-2 jam. Dah cukup tidur, sy akan main dengan dia, buat macam² aktiviti. Elok baby sy dah pandai meniarap sendiri. Eh, jadual tidur back to normal. Syukur sangat. Sy ada baca, bila baby dah pandai meniarap sendiri, dia akan tidur lagi lena sebab dia dah pandai cari posisi tidur yg dia selesa. Mungkin baby sis dalam proses nak meniarap.. #firstmom #firstbaby
xnormal. pukul 3pagi dia tido sampai pukul berapa? kalau lebih dri pkul 9, kena kejut kan dia bangun. bagi mandi susu main exercise ikut wake window baby. normal 4m 2jam ke 3jam, so between 2 ke 3jam tu nampak je cue baby mengantuk terus bwk dia masuk tido. bagi susu bukak white noise. and try tidur or baring sekali dgn dia. jgn tgl kn sorg². sama jugak nap ptg. and time wake window ptg, bagi dia penat. bwk keluar main, pijak2 rumput ke pokok ke exercise cara baby. kalau dia x reti meniarap lagi, buat tummy time. and ajar dia cara meniarap. so bila dia dh penat ptg, mlm tdo dia akan lena sampai pagi.
pernah berjaga sekali dua je time mlm pkul 2 3 pagi. tapi sbb sye x layan, so die tdo sendiri and x pernah bgun tgh2 mlm lagi.
paham sis komen yang ketiga 😭 thank you, saya akan cuba praktikkan, saya baru tahy baby 4 bulan nap 2 kali waktu siang, saya fikirkan nap dia lebih 3 kali . Jadi nya kalau saya nak start esok (sbb harini dah ter lewat dia jaga pkul 11 pg sbb tido pukul 4 pagi) , saya kena kejut dia pkul 9 pagi la eh waktu apa pun dia tidur, kemudian tidurkan dia semula pada pkul 11 , pastu nap ke 2 pkul berapa pula sis? Setiap nap tu berapa lama?
contoh dia tidur bangun pukul 7am, nap1 pukul 9am, tengok la dia bangun pukul brp, kalau bangun dr nap1 pukul 10am nap ke2 pukul 12pm, kalau bangun nap1 pukul 11am, nap ke2 pukul 1pm
ya allah awak betul2 sama macam saya . selalunya malam 7pm or 9pm akan tidur - sampai esok pagi . masuk je 4 bulan terus dia berubah tiba2 siang tidur sekejap2 je . malam tidur kejap pastu 12am mesti bangun sampai 3am . keesokkan harinya bangun plak kol 2pm . memang cukup 12jam tapi malam lah problem . harini hari ke-3 saya jadi panda 😭😭 saya buntu tak tahu nak buat apa
sabar sis .sy dah pernah rasa benda ni.. Ada nak 2 Bulan sy barai smpailah jadual tidur dia elok balik..
ikut wake window baby.. 4 bln kne bpe jam je bjaga siang.. lps tu bg tdo.. x ksah la baby tdo stengah jam-2 jam.. tp based on anak sye dlu memg ble 4 bln dye da stat cat napping.. tdo sekejap2.. tp mlm ok bgn utk mnyusu je xde ajak main..
saya try jugak buat macam tu bagi cukup hours baby age dia perlu tidur
eh ya Allah sama nya, baby masuk 4 bulan tiba2 berjaga pkul 12 am sampai 3-4 am. sebelum ni elok je tido malam, saya kebaraian yg amat sgt 😭😭😭
Yee sbb bukan berlaku sehari, saya dah cecah seminggu ni sis tido pkul 34 pagi 😭
simptom baby beralih bulan. nanti okay balik lah tu. anak saya 3 org semua gitu.
adjust tidur siang dgn waktu berjaga dia.
Anonymous