Helpp stressnya
Baby dari umur 6 bulan lagi susah makan. Boleh kira dengan jari dia habis 30ml bubur. Ni dah 7 bulan lebih sy intro mirepoix tu tapi dia gagging lepas suapan kedua lepas tu muntah yang maha dahsyat keluar habis susu. Sy try bubur tanpa mirepoix dia makan sesuap je. Mungkin faktor sy menyusu dia sebelum makan tu. Hari ini bagi makan bubur yg ada mirepoix, daging, pakchoy 1 suap je dia betul telan suapan kedua dia gagging dan batuk-batuk macam nak muntah. Lepas tu dia tak mau tutup mulut. Dia melalak pun duk "aaaaaaaaa" lepas melalak pun dia tak tutup mulut jadi bila suap makan tu dia tak telan dia biar je bubur jatuh dari mulut. Ni petanda nak tumbuh gigi ke apa? Sy dh buntu nak bagi makan kat dia. Ingatkan tumis-tumis ni dia selera la sikit, takde pun makin sikit kuantiti dia makan. Kat group hbfm cakap mirepoix boleh naikkan selera baby tapi anak sy uwek uwek gagging tak stop lepas tu batuk mcm nak muntah. Texture pun saya up sikit je dari bubur halus tu. Ada dalam 30 peratus je nasi ketul tu pun tak besar mana. Sy stress gila sekarang. Nak buat BLW memang tak kuasa dah. Pernah cuba buat tapi dia ramas-ramas dan tak masukkan dalam mulut. Kalau benda macam toys dia nak pulak buh dalam mulut. Agaknya kalau sy tukar carbo adakah baby akan ok semula? Sy nk try pasta baby tapi takpe ke sebab pasta kan ada gandum (gluten)? Selama ni dia makan nasi, potato gitu je.. both paling banyak 3 suap je. Stressnya huhu