Macam mana nak elak baby daripada garu eczema

Baby ada eczema teruk, kadang2 kita terkejut bangun dari tidur nampak muka baby berdarah. Rupanya dia garu masa tidur, macam mana tangan terkeluar dari swaddle pun hairan.. baby skrg 3 bulan. Apa sy perlu buat? #bantujawab #worried #eczema

Macam mana nak elak baby daripada garu eczema
11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Awak bf ke? Kena banyak pantang makan. Anak sy pun eczema. Sy stop makan telur, susu, kekacang, gluten. Sayur2 ada jugak yg tak boleh makan mcm terung, tomato, brokoli, cili, kentang. Buah pun sama- anggur, buah masam2 citrus2 takboleh jugak. Sayur/buah2 elakkan beli yg dari china sebab tanah di china paling tercemar. Kalau seafood, kena pilih ikan. ikan bilis ikan sardin, kembung, pari tak boleh. Ikan selar inshallah boleh, ikan yg isi putih takde isi hitam tu boleh. Ayam pulak cuba makan yg organik, takde cucuk hormon. Sama jugak dengan telur boleh cuba telur ayam kampung. Kena elakkan makan yg tinggi histamine. Awak boleh cuba makan superfood utk eczema mcm buah naga, kacang kuda. Kalau baju pulak siang malam memang pakai lengan panjang seluar panjang. Tangan pakai mitten. Kalau dia nak main baru saya cabut tapi saya duduk sekali dengan dia pantau kalau dia nak menggaru sy tarik tgn slow2 n gosok2 sikit je dekat kawasan gatal nak redakan gatal. Selalu jugak pakaikan lotion. Saya pakaikan setiap kali tukar pampers, time dia main saya pakaikan jugak sepanjang hari tu. Saya pernah guna lotion sebamed, bzu bzu, babe laborotorius tapi tak menjadi sgt. Last2 sekali aquaeos cream jugak yg menjadi. Nanti mummy cuba cari info pasal pemakanan ye. Semoga anak2 kita pejuang eczema membesar dengan sihat, amin. Semoga juga kita ibu2 terus sabar demi anak2.

Đọc thêm

Try la cream nih mummy..anak saya yg ketiga nih dari lahir..enzema dia memang teruk ..macam saya..keturunan...tak boleh buat nak buat apa.. masa abang² dia.. sekejap je.. masuk 3bulan hilang terus..tapi kalau salah makan.. habis la..yg baby nih lambat hilang...sekarang dah 4bulan dah..doktor ada bagi cream dengan lotion hospital .. tapi baby tak boleh pakai...jadi berair² enzema die...mummy try la pakai cream nih...enzema anak saya dah berkurangan pakai cream nih... masih ada lagi enzema baby... tapi tak seteruk macam sebelum... lepas mandi... pakai kan 1 badan... lepas tu dalam 1 jam ke.. 2 jam ke... sapu nipis je dekat tempat² yang merah²...tempat yang gatal².. InshaAllah berkurangan macam baby saya..

Đọc thêm
Post reply image

dokter dh sahkan ianya memang eczema ke puan? dokter ade bgi any cream tak? actly eczema ni kulit dia tkblh kering kena selalu sapu cream pelembap, selepas mandi ke, 2jam sekali ke, 3kali sehari ke kalau bby menyusu badan ibu kena pantang makan seafood, Terung anak saya dulu pun ada ekzema teruk sampai berkuping, refer ke pakar, potong kuku dia bgi pendek, kan ada baju baby yg terus tutup jari dia tu, beli baju tu pakaikan gatal eczema tu orang dewasa kena pun tak tahan gatalnya, habuk & berpeluh pun blh datangkan eczema yg teruk

Đọc thêm
4mo trước

Ya doktor yg bagitau dia eczema, ada kena bagi ubat sapu. Baby sy ni kadang2 gosok sarung tangan dia ke muka sampai terkupas jgk kulit tapi elok lagi banding tak pakai sarung la.. Kalau tiap kali nak sapu cream pelembap tu perlu lapkan muka dgn kain basah dulu ke atau sapu je cream tu mcm tu? TQ utk tips, baru tahu kena pantang seafood, terung

ank eczema bnyk pantang larang puan...klo bf elak makanan radang seperti makanan yg gluten, berasas susu lembu, kacang, seafood...klo fm klo boleh elakkn bg susu lembu yea... struggle jgak sya dlu..tp sian tgok dye gatal2 usaha jgakk laa tinggal kn...

dah jumpa doktor belum? kena pakaikan mitten masa tido. pagi ada masa² je saya bedung tangan. mitten pun pakaikan kalau nmpk dah mula nak menggaru.

4mo trước

ok je sis sebab anak sy pun pakai mitten sampai 3 bulan. nak masuk 4 bulan baru reda sikit. takde la sepanjang hari pakaikan mitten. ada masa² buka juga. sis kena rajin sapu cream yg doktor bagi dan juga sapu lotion. saya guna lotion cetaphil recommended by paed. kalau baby fully bf sis kena banyak pantang makan.

cuba bagi pakai ni. saya pakaikan dgn anak saya. alhamdulillah baik. pastu nak elakkan anak garu , pakaikan sarung tgn. masa dia tido.

Post reply image

anak sy masa flare tgh teruk mmg bedung. kalau pakai mitten pun berdarah mitten

Sis x try lotion wna tu ? Ade org guna utk baby okay kalau eczema

try cream aveeno sis

doc dh declare eczema ke ?

4mo trước

Ye dah diagnose eczema oleh Dr, ada dpt ubat sapu cuma blm pandai sangat nak elak baby dari garu2 macam tu