2 Các câu trả lời

hi puan, saya sharekan pengalaman saya baby perut kecil. week 36 doctor detect perut baby saya kecil size 33 week. jadi doctor nak buat pemantauan lagi 2 minggu. disebabkan saya dah masuk ke hujung kehamilan, jadi doctor kata sekiranya masih tak membesar, doctor akan induce untuk beranak. doctor bagitahu saya ada beberapa kemungkinan, sama macam apa yang puan tulis. bila masuk ke minggu 39, saya ada scan sekali lagi, perut masih kecil dari usia cumanya size perut dah membesar jadi 37 week. tapi doctor detect air ketuban saya sikit pula, jadi kemungkinan perut baby tak dapat nak membesar disebabkan air ketuban sikit, cumanya jumlah air ketuban saya sangat critical saya terus kena admit and induce beranak. bila baby keluar, baby saya terlilit tali pusat dua kali di leher jadi doctor kata factor yang menyumbang perut baby saya kecil antaranya sebabkan terlilit tali pusat. dari apa yang saya baca, sangat sangat biasa case baby terlilit tali pusat ni. apa yang perlu dipantau is tumbesaran bayi tu adakah terhenti ataupun masih membesar. saya faham kerisauan yang puan alami, sebab saya pun rasa begitu, ada yang kata scan kadang kadang susah nak nampak sebab baby dah penuh dalam perut. saya harap puan cuba untuk enjoy hujung kehamilan ni sebaik mungkin. sebab bila baby keluar nampak normal je perut baby kita nanti. insyaAllah puan.

sis kena warded ke untuk pemantauan?

mengikut pengalaman saya, tak warded. check up semula selepas 2 minggu.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan